February 2013
SAMSENG HALANG CERAMAH : APAKAH MALAYSIA SUDAH TIDAK ADA UNDANG-UNDANG?
Kejadian puak-puak
samseng menghalang ceramah PAS di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor
malam tadi menambahkan koleksi kegagalan pihak berkuasa keselamatan
menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat.
Bayangkan apa akan jadi
terhadap negara kita apabila pihak Polis hanya melihat samseng-samseng
jalanan melempar kerusi melolong-lolong mengeluarkan ugutan dan
kata-kata kesat kepada pihak penganjur. Mereka juga merempuh kawalan
yang dibuat oleh pihak Unit Amal. Mujur juga pihak penganjur berjaya
mententeramkan penyokong agar tidak melayan provokasi samseng jalanan
tersebut.
Jelas sekali Malaysia
seolah-olah tiada undang-undang apabila pihak berkuasa hanya memandang
dan membiarkan perusuh-perusuh tersebut melakukan tindakan biadap dan
kuranga ajar serta ganas. Apakah tugas dan tanggungjawab pihak berkuasa
sehingga membiarkan samseng bertindak mengikut hawa nafsu mereka.
Seringkali kita
mendengar rungutan jika pihak yang membuat kacau itu adalah penyokong
Umno/BN atau Perkasa, Polis akan memandang sahaja tanpa apa-apa tindakan
seolah-olah mereka itu ada imuniti khas dan tidak tertakluk kepada
undang-undang.
Apakah Malaysia sedang
menuju ke arah undang-undang rimba iaitu siapa gagah dan ramai mereka
boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati dan nafsu mereka.
Malang sekali negaraku kalau inilah yang berlaku seterusnya ......
Persatuan
Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kecewa terhadap pihak polis yang
tidak menghalang gangguan sekumpulan samseng dalam program ceramah malam
tadi.
Presidennya, Mazlan Aliman
berkata, pihak polis hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa sewaktu
kira-kira 100 orang dipercayai ahli Umno dan Perkasa mengganggu
ceramahnya di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi.
"Saya kecewa polis hanya berdiri
di tepi dan membiarkan samseng ini membaling kerusi dan merempuh benteng
pasukan Unit Amal. Waktu itu saya baru sahaja naik ke pentas dan
memberi salam.
"Polis kata ceramah itu program politik dan mereka tak mahu campur," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Mazlan berkata, akibat gangguan
melampau itu, pihak penganjur membuat keputusan menghentikan ceramah
serta merta bagi menjamin keselamatan orang ramai yang hadir.
"Pihak penganjur terpaksa
menghentikan program sebab kami risau keselamatan orang hadir. Ada yang
bawa keluarga termasuk anak-anak," katanya.
Ekoran kejadian itu, pihak penganjur membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor jam empat pagi tadi.
Menurut Mazlan lagi, sekatan
jalan raya sudah dibuat bermula petang semalam bagi menghalang kenderaan
luar masuk ke kawasan Felda.
"Mereka dah mula sekat laluan
sejak petang sehingga maghrib dan apabila malam, seramai ramai samseng
datang buat kacau," katanya.\
Gambar ihsan Blog Omakkau.
0 orang berkata:
Post a Comment