Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIT DAH NYANYUK ....UMNO TAK LEH PERINTAH LAGI


Khamis, 21 Februari 2013

Fatwa dari Mursyidul Am UMNO- Dr Mahathir Mohamad

Ketika saya berada di Rembau N9, sebelum ke tempat ceramah kami singgah disebuah restoren. Waktu itu, berita TV3, lidah propaganda UMNO baru hendak bermula. Berita yang mengawali penceritaan ialah kenyataan2 dari mursyidul am UMNO- Dr Mahathir Mohamad. Dia kata- “saya tidak fikir Pakatan Rakyat boleh memerintah- kerana mereka tidak ada –pengalaman”.
 
Dan kepada solan dari seorang pembaca yang bertanya adakah Rembau selamat untuk KJ- saya mendahului memohon maaf untuk menyatakan masa depan KJ di Rembau gelap dan muram. Tangan2 ajaib dan halimunan dalam UMNO sendiri yang akan membunuh KJ terlebih dahulu. 
 
Berbalik kepada kenyataan Dr Mahathir. Pengalaman apa yang dimaksudkan oleh Mahathir? Ini kenyataan tipikal pemimpin UMNO yang sombong dan bongkak. Seolah olah nya hanya UMNO sahaja yang layak memerintah. UMNO sahaja yang mempunyai kelayakan membawa kemajuan dan pembangunan. Pembohongan dan penipuan Mahathir mudah dipatahkan- lapuran odit negara menyebut perihal rekod baik pimpinan kerajaan yang dikuasai oleh PR. Adakah Dr Mahathir mencadangkan bahawa ketua odit negara berbohong? 
 
Saya sudah menyatakan banyak kali- jika Najib Tun Razak boleh jadi PM, semua orang lain pun boleh. Mentadbir negara Malaysia bukan suatu roket sains. Jika mereka yang bodoh dalam UMNO dan BN boleh memerintah Malaysia, mustahil yang cerdik, pandai dan bijak dalam Pakatan tidak mampu? Bukankah Dr Mahathiir sendiri yang menyatakan bahawa yang tinggal dalam UMNO hanyalah pemimmpin2 half past six ? yang bijak sudah masuk PAS, yang pandai masuk PKR dan yang  cerdik sudah masuk DAP? Maka yang demikian, jika dullards dan yang bodoh dapat memerintah Malaysia selama 55 tahun dan menjahanamkan negara, mengapa yang lebih pandai tidak boleh?
Dan mursyidul am UMNO ini bercakap seolah olah kepada pembaca dan pendengar  adalah orang2 yang bodoh. Yang di luar sana,untuk pengetahuan Dr Mahathir semuanya adalah reasonable man yang menaiki kereta proton saga atau menaiki bas intrakota yang membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. 
 
Negeri2 yang di perintah oleh PR semua menunjukkan prestasi yang lebih baik dari semua segi berbanding dengan rekod pengurusan kerajaan BN. Jadi pengalaman apa yang Dr Mahathir cakapkan? 
 
4 negeri yang dikuasai oleh PR meneruskan dominasi mereka sebagai destinasi pertama pelaburan asing. Kedah, Kelantan, Selangor dan Penang menguasai 55% dari pelaburan asing. Bajet dalam negeri2 ini sama ada seimbang atau berada dalam lebihan tanpa memanipulasi angka. Jika negeri2 ini memanipulasi angka, sudah tentu media yang di miliki dan dikuasai oleh UMNO akan berpesta mendedahkan permainan angka. 
 
Jadi pengalaman apa yang Dr Mahathir maksudkan? Memang benar, kita PR tidak ada pengalaman. Yakni pengalaman merompak dan melanun negara. 
 
Kenapa Dr Mahathir yang sudah sampai umur 88 tahun itu seolah2 menjadi jurucakap dan jurubicara UMNO? Kerana Dr Mahathir mempunyai kepentingan peribadi untuk menentukan UMNO menang. Dr Mahathir adalah orang yang paling ketakutan bila PR mengambil alih kerajaan. Dia bimbang akan keselamatan diri nya sendiri dan yang paling dia bimbangi ialah masa depan anak2 nya yang berniaga. 
 
Kita hendak beritahu Dr Mahathir- kita tidak jel orang yang berumur 88 tahun. Kita akan hanya meminta pemulangan harta dan wang yang telah dicuri dari rakyat. 
 
Bagaimana rakyat Malaysia yang akan keluar mengundi dalam PRU13 nanti melayani Mahathir?  Saya sudah pun menyatakan- bila Pak Lah memenangi PRU dahulu dengan majoriti yang terbesar dalam sejarah- rakyat sebenar nya meraikan pengeluaran Mahathir. Kemudian negara kita dipimpin oleh seorang yang mencari al ghazali dan mencari kedamaian. Untuk seketika rakyat Malaysia terpukau dengan pengucapan batin Pak lah sehinggalah mereka sedar, bahawa itu semua untuk pendengaran umum. Pak lah ternyata menjadi PM yang paling lembab untuk negara ini.
 
Dalam PRU13, rakyat berpeluang sekali lagi menjatuhkan hukuman kepada Mahathir. Mari kita sama2 menghukum orang yang melingkup dan menjahanamkan maruah bangsa Melayu. Dr Mahathir bertanggung jawab menyebabkan orang melayu mengemis dalam negara mereka sendiri.  
 
Kecuali orang Melayu mendapat keseronokan jika dizalimi, maka satu undi yang di beri kepada UMNO dan BN, bererti kita merelakan dan menyukai dizalimi dan disakiti. Satu undi untuk UMNO bererti kita akan ada 100 lagi skendel NFC. Satu undi untuk UMNO , kita akan ada lagi 100 Puspahanas, 100 pembelian kapal selam, 100 pembelian pesawat kapalterbang. 
 
Satu undi untuk UMNO bererti kita menjatuhkan hukuman bunuh kepada diri sendiri. 
Ariff Sabri

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.