Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 20 Februari 2013

Selangor menawar RM9.65b ambil alih syarikat konsesi air

SHAH ALAM, 20 Feb – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor telah mengemukakan tawaran bernilai RM9.65 bilion bagi mengambil alih keempat-empat pemegang konsesi air di negeri tersebut.

Abdul Khalid berkata, tawaran yang dibuat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) adalah termasuk liabiliti dan pulangan 12 peratus setahun terhadap ekuiti syarikat-syarikat tersebut, berbanding enam peratus yang lazimnya bagi pulangan dalam industri air, dan tempoh 14 hari diberikan kepada pemegang konsesi untuk menerima tawaran kerajaan negeri.

“Kami yakin tawaran ini tidak akan merugikan syarikat-syarikat berkenaan kerana jumlah ini merupakan pulangan 12 peratus setahun terhadap ekuiti yang dimiliki syarikat berbanding pulangan lazim enam peratus.

“Tambahan pula liabiliti juga akan diambil alih KDEB menerusi ‘Special Purpose Vehicle’ (SPV),” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco Selangor di sini.

Abdul Khalid berkata, surat tawaran yang telah ditandatanganinya itu akan diserahkan kepada empat syarikat konsesi air Selangor iaitu; Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS); Puncak Niaga Sdn Bhd; Konsortium Abass Sdn Bhd; dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (SPLASH) petang ini.

“Kerajaan negeri berpandangan tawaran tinggi yang kita berikan ini adalah untuk menyelesaikan masalah penswastaan air yang nyata gagal memberi perlhidmatan cemerlang kepada rakyat.

“Kami berharap (Pengerusi Puncak Niaga Sdn Bhd) Tan Sri Rozali Ismail tidak memprejudiskan usaha ini,” tegas Khalid kepada pemberita.

Ditanya jika kerajaan Persekutuan yang merupakan pemegang “golden share” dalam konsesi air menolak tawaran tersebut, Abdul Khalid menegaskan beliau akan menggunakan Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (Akta 655).

“Kita akan gunakan Akta 655 jika mereka menolak ... tetapi sekarang kita fokus untuk tawaran ini dulu,” katanya.

“Jika mereka tolak maknanya mereka menolak permintaan rakyat Selangor,” tambahnya.
Khalid turut berkata beliau juga akan membawa perkara berkenaan kepada badan pentaksir antarabangsa sekiranya kerajaan Persekutuan masih berdegil dan menolak tawaran pengambil alihan syarikat konsesi tersebut. Pengambil alihan ini jelas Khalid, sekiranya berjaya dilaksanakan, rakyat Selangor bukan sahaja akan terus menikmati air percuma bagi 20 meter padu, tetapi juga tidak akan terperangkap dengan tarif air yang membebankan mereka.

"Rakyat juga akan mendapat pengurusan air yang telus dan cekap dan yang paling penting pengambil alihan ini juga akan menamatkan era monopoli air oleh mana-mana individu atau syarikat," katanya.

Khalid ketika sidang medianya turut berkata pihaknya telah menerima respon balas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada 14 Februari lalu berhubung cadangan Selangor tersebut, bagaimanapun jawapan menteri itu jelasnya tidak banyak membantu untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Menteri gagal memahami peranan yang sepatutnya dilakukan beliau selaku menteri yang diamanahkan menjaga industri air hingga memberikan beberapa fakta dan pandangan bercanggah antara satu sama lain," tegasnya.

"Dalam suratnya, menteri berkata kerajaan Persekutuan tiada halangan untuk kerajaan negeri memulakan proses pengambil alihan, namun apabila ditanya media beliau berkata pengambil alihan tidak boleh dilaksanakan tanpa persetujuan kerajaan Persekutuan," katanya dengan nada kecewa.

KDEB, anak syarikat di bawah kerajaan negeri melalui Menteri Besar Diperbadankan (MBI) dijangka akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung tawaran pengambil alihan pemegang konsesi air di Selangor jam 5.30 petang ini.

Malah jelas Khalid, beliau turut difahamkan, kesemua pemegang konsesi akan mengadakan sidang Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara itu, kerana ada antara mereka mempunyai saham yang diniagakan di pasaran saham.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.