Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

7 isu besar yang dapat jatuhkan BN Perak

23 Rabi'ul awal 1434H,

KUALA LUMPUR: Kajian yang dijalankan oleh PAS Perak sebanyak tiga kali menunjukkan isu rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN ke atas Pakatan Rakyat merupakan satu daripada tujuh isu utama yang akan menjatuhkan Umno-BN di negeri itu pada PRU ke-13 akan datang.

Isu rampasan kuasa ternyata memberikan kesan yang amat besar kepada masyarakat Cina, sehingga menyebabkan mereka semakin menyokong Pakatan Rakyat.

Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairudin Malek berkata, kepada masyarakat Cina khususnya, PRU ke-13 adalah peluang terbaik untuk mereka membetulkan suasana yang tidak diingini itu, bagi membolehkan Pakatan Rakyat terus melaksanakan tanggungawabnya dengan baik kepada seluruh rakyat negeri itu.
Menurut beliau, kajian yang dijalankan oleh PAS negeri itu turut menunjukkan isu PAS boneka DAP yang dimainkan oleh Umno-BN gagal mempengaruhi rakyat negeri itu, sebaliknya kembali menikam parti itu, kecuali hanya di kawasan-kawasan yang dimenangi BN sahaja.
Katanya, kejadian itu semakin mencemaskan Umno-BN apabila parti tersebut kini semakin ketara dengan masalah perpecahan dalamannya sehingga menyebabkan berlakunya keadaan yang tidak menentu di kalangan pemimpin-pemimpin Umno-BN di negeri itu.
"Ini menyebabkan pengaruh Menteri Besar Perak sekarang, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir semakin merosot. Malah di kalangan pemimpin-pemimpin Umno Perak sekarang ada yang kata Zambry tak akan terpilih lagi sebagai calon dalam PRU ke-13 nanti.
"Kelompok-kelompok mereka itu sendiri sudah mempunyai calon masing-masing sebagai calon MB nanti," katanya ketika dihubungi Harakah 31 Januari lalu.
Beliau yang juga AJK Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Negeri Perak berkata, di kalangan rakyat negeri Perak pula, mereka tidak mempunyai sebarang harapan terhadap Zambry kerana setelah menjadi Menteri Besar sejak dua tahun lalu, tiada sebarang perubahan yang dijanjikan yang dilakukannya.
Sebaliknya, sejak Zambry menjadi Menteri Besar, menurut beliau, penyelewengan yang berlaku dalam Umno-BN di negeri itu semakin ketara terutama yang membabitkan isu tanah, sehingga 68,000 ekar tanah di negeri itu telah diberikan kepada kroni-kroni mereka dengan bayaran premium amat rendah sebanyak RM330.00 seekar yang jelas tidak memberikan sebarang hasil kepada negeri.
Katanya, tindakan Zambry itu bukan hanya dimarahi oleh orang ramai, tetapi juga oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN sendiri kerana tanah-tanah itu tidak turut diberikan kepada mereka.
"Dalam masa yang sama, mereka juga amat marah dan kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh Zambry kerana hanya memberikan jawatan-jawatan penting kepada kroni-kroni rapatnya, tidak kepada kroni-kroni pemimpin-pemimpin Umno-BN lain di negeri Perak," katanya.
Di bawah Zambry, tambah Dr Khairudin lagi, seluruh rakyat Perak amat kecewa kerana prestasi ekonomi di negeri itu amat merosot, malah jika terdapat idea-idea baik yang dilaksanakan hanyalah sekadar meneruskan idea-idea dari Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang belum sempat dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat akibat rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN.
"Sekarang, seluruh rakyat Perak juga tahu, Exco-exco Zambry sememangnya tidak bersih. Malah ada di antara adik-beradik Exconya itu yang disiasat oleh SPRM.
"Dalam persidangan Dun pula, Zambry gagal menjawab banyak soalan, sehingga ia menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada orang ramai. Kesemua itu merupakan antara faktor yang akan membantu kemenangan Pakatan Rakyat di Perak nanti," jelas beliau yang juga YDP PAS Tambun.

Oleh: Aziz Muda

1 orang berkata:

Anonymous said...

Taik!² semuanya Taik! mcm muka ko Zamry!!! Penduduk tanah rizab KTM taiping semua kena tipu mohon rumah mesra rakyat xdpt xlyk dan mcm² lg la kecuali kalau kroni tali barut BN! xpun kabel line FUCK T0L!!!!!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.