Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

7/02/13

‘Ahli PAS’ pijak gambar Guan Eng, cukuplah

 
TEMERLOH: PAS Pahang menafikan laporan lidah Umno Utusan Malaysia hari ini mengenai penglibatan ahlinya dalam demonstrasi di pekarangan Masjid As-Syakirin, Maran.

“Perlakuan yang dilakukan oleh remaja upahan membawa bendera PAS dan memijak gambar Lim Guan Eng dan bendera DAP jelas suatu tindakan terdesak Umno dalam menghadapi PRU13,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Kata beliau, saban hari, pelbagai pembohongan yang dilakukan oleh mereka dengan liputan media Umno ternyata satu sandiwara provokasi bagi mencetuskan kebencian antara kaum menjelang PRU13.

PAS Kawasan Maran, kata Tuan Ibrahim, telahpun membuat laporan polis pada pagi ini.

“Kita harap pihak polis bertindak, kerana bukti bergambar mereka yang terlibat dapat membantu penyiasatan. Kita akan mengikuti secara dekat kes ini, dan mengharapkan siasatan segera dijalankan,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat itu.
 
PAS Pahang, katanya akan mengadakan perbincangan dengan pihak guaman bagi meneliti kes itu untuk melaksanakan tindakan perundangan ke atas beberapa individu yang terlibat kerana melakukan pembohongan, mencemar nama baik parti dan tindakan provokasi.

“Untuk Umno, cukuplah main isu-isu provokasi. Ramai lagi rakyat Pahang ini yang merana tiada air paip, jalan sempit berbahaya dan tidak berlampu pada waktu malam dan pelbagai masalah tanah yang perlu diberikan perhatian,” katanya lagi.

Harakardaily.com 

 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.