Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, February 15, 2013

7 daripada 700 sifat buruk Tun Dr Mahathir Mohamad


Dasar penswastaan dan polisi Tun Dr Mahathir Mohamad
 
Dasar penswastaan dan polisi Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkayakan kroni melalui projek mega, punca rizab negara rendah dan hutang negara makin menimbun, “Polisi Mahathir yang menswastakan projek-projek besar seperti kilang besi waja, Malaysia Airlines (MAS), keretapi dan banyak lagi menyebabkan kroni semakin kaya, kos meningkat, rakyat terbeban dan ekonomi mundur,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Pengerusi KEADILAN Terengganu itu mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri kononnya nisbah kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada tahap 53 peratus masih dianggap baik.
Beliau malah membandingkan keadaan ekonomi Malaysia dengan Greece.
Mahathir berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) kini mempunyai simpanan kira-kira US$140 bilion (US$1=RM3.08) berbanding semasa pentadbirannya hanya sekitar US$30 bilion.
“Itu hanya kenyataan Mahathir untuk bela diri. Dengan hasil kekayaan negara yang begitu banyak seperti minyak, kelapa sawit, hutan berkualiti, negara kita patut mencapai rizab US$1 trilion, dan tidak perlu berhutang,” kata Azan mengulas kenyataan itu.
Menurut beliau, sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir, rizab matawang, rizab antarabangsa dan rizab emas negara yang sepatutnya tertinggi di dunia mulai terhakis.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.