Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Guan Eng kesal kenyataan Muhyiddin
GOKINA MORGANAN
7 Februari 2013
 Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
 
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dukacita dengan kenyataan Timbalan Pendana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan permintaannya adalah satu kerja bodoh berhubung gesaan beliau supaya rakyat memakai baju warna tertentu untuk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) pada 11 Februari ini.

Menurutnya, beliau kesal dengan serang peribadi Muhyiddin didakwa menggunakan bahasa kurang sopan.

“Saya berasa dukacita bahawa Timbalan Perdana Menteri menggunakan bahasa yang tidak senonoh terhadap saya.

“Saya tidak mahu buat serangan peribadi (seperti) dibuat Timbalan Perdana Menteri khususnya berkaitan persembahan artis porpular Korea, Psy pada hari Isnin ini. Saya tidak mahu menjawab (membalas) dengan nada yang sama,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Kelmarin, Muhyiddin sifatkan Guan Eng terlalu ghairah berpolitik sehingga sanggup meminta rakyat memakai baju mengikut warna dalam maksud tertentu pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang yang dijadualkan diadakan di Sekolah Tinggi Han Chiang.

Beliau berkata serangan peribadi akan diserahkan kepada rakyat sendiri untuk menilai perkataan bodoh yang digunakan Timbalan Perdana Menteri.

“Saya tidak pernah mendengar perkataan bodoh dilemparkan Muhyiddin ketika membuat lawatan negeri Pakatan Rakyat yang lain seperti Kedah, Kelantan dan Selangor, biarlah rakyat sendiri menilai kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu.

“Kalau Barisan Nasional (BN) nak menang, biarlah ditentukan oleh rakyat. Biar rakyat memilih sebuah kerajaan yang berprinsip lebih mulia dan mempunyai dasar yang baik yang memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Muhyiddin juga meminta Guan Eng menghormati program perpaduan rakyat seperti itu dan bukannya mencampuradukkan dengan politik.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.