Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 18 Februari 2013

Keputusan PRU12 (Tahun 2008) : Pakatan Rakyat (PR) VS Barisan Nasional (BN)....PRU13 (2013) Sengit Dan Panas...!!!




Ramalan Keputusan Pilihanraya Umum ke 13?

Berdasarkan ambilan daripada beberapa kajian pemerhati politik di Malaysia dan pemerhatian secara tidak langsung kami melihatkan iklim politik di Malaysia sejak akhir-akhir ini mengunjurkan jangkaan seperti di bawah :
  1. Pakatan Rakyat akan terus kekal di Pulau Pinang
  2. Kerajaan PAS akan terus memerintah di Kelantan
  3. Kami juga yakin yang mana di Terengganu, Johor, Melaka, Sarawak dan Pahang, Barisan Nasional dijangka tidak mempunyai masalah besar untuk terus memerintah di kelima-lima buah negeri tersebut
Pencapaian status quo parti politik sepertimana Pilihanraya Umum  2008 itu, sebahagian besarnya dijangka akan kekal  status quonya dengan sedikit perubahan di sana-sini. Cuma……pengundi-pengundi Cina kami perhatikan menunjukkan satu perubahan yang ketara sejak Pilihanraya Umum ke 13 termasuklah :
  1. Di Johor, ada beberapa kerusi panas yang sedang hangat dibincang di peringkat tertinggi pemimpin politik tanahair baik di pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.
  2. 6 kerusi parlimen di Johor sangat menarik untuk diperhatikan. 6 kawasan Parlimen yang dikategorikan kawasan HITAM sekarang ini di negeri Johor adalah di  Kulai, Kluang, Bakri, Gelang Patah, Segamat, Pulai. 
  3. 8 kerusi parlimen masing-masing di Sabah & Sarawak sangat menarik untuk diperhatikan
  4. Manakala Selangor dan Kedah, kami merasakan masih lagi kekal status quonya. Cuma….di Kedah akan menyaksikan Pakatan Rakyat akan kehilangan beberapa lagi kerusi kepada Barisan Nasional. Ini kerana dasar kepimpinan di Kedah tidak selari dengan masyarakat di Kedah kerana populasi di antara kaum yang agak ‘homogeneous’ berlainan dengan di Kelantan
Perak antara negeri panas yang kami jangkakan bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Barisan Nasional & Pakatan Rakyat. Ada sesetengah pemerhati mengatakan Barisan Nasional akan mentadbir terus negeri Perak. Ada juga yang mengatakan Pakatan Rakyat akan menang dengan sangat tipis sepertimana yang berlaku pada Pilihanraya Umum 2008.
Walauapappun, keputusan di tangan anda semua sebagai pengundi yang sah di hari mengundi Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.