Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MB: Selangor akan bincang pembubaran DUN minggu ini

February 13, 2013


SHAH ALAM, 13 Feb — Kerajaan 
 Selangor menafikan mereka telah membuat sebarang keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), sebaliknya menegaskan perkara itu hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) neheri dan pusat yang dijadualkan berlaku pada minggu ini.

Berikutan dengan laporan media pada Isnin lalu mengatakan kerajaan PR Selangor akan membubarkan DUN selepas perayaan Chap Goh Meh.

“Kami baru balik kerja (selepas Tahun Baru Cina) ... Kami akan umumkan selepas perjumpaan kami,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) kepada pemberita di sini.

Abdul Khalid pada 30 Januari lalu berkata kerajaan negeri akan membubarkan DUN di Selangor selepas Chap Goh Meh, jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen.
MENYUSUL LAGI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.