Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, February 18, 2013

Keluar Pakatan: Nampaknya Ada Pihak Yang Kecewa Dan Terkulat-Kulat

Nampaknya ada pihak yang kecewa dengan kenyataan ini Jadi saya sarankan tak payah dok meroyan dan gila talak

Keluar Pakatan, Dewan Ulamak sokong Hadi

February 18, 2013
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pihaknya sentiasa mempertahankan kepentingan Islam melebihi kepentingan-kepentingan yang lain.





PETALING JAYA: Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS amat bergantung kepada sejauhmana mana kepentingan Islam menjadi agenda utama yang dipertahankan dalam Pakatan.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pihaknya sentiasa mempertahankan kepentingan Islam melebihi kepentingan-kepentingan yang lain.
Pada masa sama Dewan Ulamak PAS menyokong penuh kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat jika ia merugikan Islam.
“Kami percaya ucapan beliau tersebut adalah tersangat jelas dan ianya merupakan satu jaminan PAS kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia bahawa kepentingan Islam akan terus dipertahankan oleh PAS dan ianya adalah penentu keberadaan PAS dalam Pakatan.
“PAS tetap setia dengan Pakatan selagimana kepentingan Islam menjadi keutamaan dan agenda utama,” katanya dalam satu kenyataan media.
Abdul Hadi memberi jaminan tersebut ketika berucap di himpunan kebangkitan rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Terengganu Sabtu lalu.
Presiden PAS dipetik sebagai berkata “PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.
“Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat”
Nik Muhammad Zawawi  berkata, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat hendaklah memahami serta menghayati akan perjuangan dan prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Sejarah telah membuktikan betapa konsistennya PAS dalam agenda dan usaha ini, kata beliau lagi.
“PAS akan mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat sekiranya ianya membawa kerugian kepada kepentingan Islam dan umat Islam di Malaysia.
Dalam masa yang sama agenda keadilan Islam kepada seluruh bangsa di Malaysia akan terus menjadi dasar perjuangan PAS dalam usaha meruntuhkan kezaliman terutamanya apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno BN sekarang,” tambah beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.