Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Najib tak perlu bimbang, kata pemimpin PR
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
10 Februari 2013
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
 
SHAH ALAM – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin yang mahu pembangkang menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sebagai tanda ‘ketakutan BN’.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Najib tidak perlu takut sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tewas pada PRU13 kerana sejarah membuktikan pembangkang tidak melakukan huru hara sejak merdeka.

Menurutnya, kenyataan itu sepatutnya ditujukan kepada kepimpinan BN yang tidak pernah merasai kekalahan di peringkat pusat.

“Tidak perlu bimbang, pembangkang tidak akan melakukan huru hara seperti yang didakwa. Kami akan menerima keputusan dengan berlapang dada, apa yang dirisaukan adalah dari pihak lawan.

“Rakyat sekarang juga sudah matang, rakyat boleh menilai  setiap kenyataan-kenyataan pemimpin negara dan tidak akan merosakkan keamanan yang telah dikecapi 56 tahun lalu. Kami mendukung demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dakwanya lagi, dalam keadaan semasa yang tidak memihak kepada pembangkang dan sistem pilihan raya yang tidak bersih, pakatan tiga parti dalam PR tidak pernah memboikot pilihan raya, malah katanya, itulah penyumbang kepada demokrasi yang diamalkan negara.

“Bagi kami, kenyataan demi kenyataan yang mendakwa pembangkang akan menghuru-harakan negara  kita ini  sebagai satu perang psikologi yang dilancarkan  oleh BN.

“Oleh kerana mereka tahu akan tewas pada PRU13, maka taktik itu digunakan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali turut berpendapat kenyataan Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menuduh pembangkang akan menghuru-harakan negara sebagai perang psikologi.

Katanya, pihak yang harus menerima kekalahan pada PRU13 adalah BN dan jangan sesekali membuat sesuatu yang boleh menggugat keamanan negara.

“Kita boleh tengok dari segi sejarah, pihak mana yang tidak boleh menerima kekalahan.Contohnya seperti di Perak, di mana kerajaan PR yang dipilih rakyat ditumbangkan dengan cara yang keji.

“Selain itu seperti di Terengganu, Pas menang pada Pilihan Raya Umum 1999, maka wang royalti ditarik balik dan ditukarkan kepada wang ihsan.  Ada banyak contoh lain, jadi siapakah yang tidak menerima kekalahan?” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.