Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selangor telah siapkan dokumen untuk ambil alih SYABAS, kata MB

SHAH ALAM, 13 Feb — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor telah pun menyiapkan surat tawaran bagi konsesi air di Selangor dan hanya menanti keputusan kerajaan Pusat berhubung cadangan negeri itu untuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam tempoh 14 hari.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri juga akan meminta sekali lagi kepada kerajaan Pusat untuk bertindak secepat mungkin kerana isu penyusunan semula air adalah kepentingan rakyat di negeri terkaya itu.

The Malaysian Insider turut difahamkan, kerajaan Selangor akan menyimpan dokumen itu sehingga tempoh 14 hari itu tamat, dan seterusnya akan meneruskan tindakan mereka walaupun tanpa persetujuan Putrajaya.

“Kerajaan negeri masih lagi belum dapat surat dari Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin,” katanya ketika sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri di sini.

“Tetapi kita sudah siap surat tawaran kepada konsesi, kerajaan Selangor akan minta sekali lagi Pusat bertindak secepat mungkin memandangkan isu penyusunan semula air adalah kepentingan rakyat.”

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.