Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Terima keputusan PRU13, Najib nasihat pembangkang

8 Februari 2013
Najib
Najib bersama Muhyiddin meneliti fail mesyuarat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. Foto B
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri berharap pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.


"Kita mesti terima apa jua keputusan rakyat, kalau dia (pembangkang) percaya pada demokrasi, dia tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan oleh rakyat.


"Kalau kita menyanjung prinsip demokrasi berparlimen, itulah hakikatnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, hari ini.


Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa rakyat agar memandang serius ancaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Kuala Lumpur seperti

Dataran Tahrir di Kaherah, Mesir sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri tidak kesampaian pada pilihan raya umum nanti.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.