Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, February 13, 2013

Jangan malukan keturunan raja sekalipun ada raja yang memang tak tau malu

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menyerahkan surat kepada Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin untuk mencabar menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar itu untuk berdebat dengannya.

Setiausaha politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil berkata surat yang diserahkan ke pejabat Raja Nong Chik di Putrajaya itu mencabar menteri tersebut untuk hadir ke acara debat tersebut di perkarangan Apartmen Pantai Permai, Pantai Dalam pada 24 Februari.


Surat berkenaan dikemukakan kepada Raja Nong Chik walaupun ketua Umno Lembah Pantai itu telahpun menolak secara lisan cabaran untuk debat dengan Nurul Izzah.
 
Raja Nong Chik jangan jadi bacul, tolong sambut cabaran Nurul Izzah Anwar. Jangan malukan keturunan raja sekalipun banyak raja yang memang tak tau malu.. !!!

Beliau sebelum ini memberi alasan, tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan pilihan raya umum semakin hampir. 

Fahmi bagaimanapun berkata, cabaran itu tetap dikemukakan memandangkan Raja Nong Chik membuat tohmahan kononnnya Nurul Izzah tidak menunaikan tanggungjawab di kawasan parlimen tersebut.

"Raja Nong Chik ada mengungkit yang YB Nurul Izzah sebagai ahli parlimen Lembah Pantai tidak membawa apa-apa kebaikan dan pembangunan kepada Lembah Pantai.

"Tohmahan ini sangat serius kerana apabila kita teliti rekod lampau, banyak perkara yang telah diselesaikan YB Nurul Izzah.

"Tohmahan ini tidak dibuat dalam keadaan debat, seolah-olah beliau (Raja Nong Chik) ada ruang sepenuhnya dalam media arus perdana tanpa respons dari YB Nurul Izzah," kata Fahmi.

Surat berkenaan diterima oleh penolong ketua setiausaha kementerian tersebut, Khalilul Rahman Kamaruzaman sekitar jam 11 pagi tadi, katanya.

Menurutnya lagi, debat itu akan dimudah cara seorang ahli akademik yang akan dipersetujui kedua-dua pihak dan antara isu yang akan diperdebatkan adalah isu setempat serta wacana peringkat nasional.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.