Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

eeeeeh kome, jangan kaco oghang kampong teman !

INI YANG TEMAN NAK MAGHAH NIH, KOME KACO OGHANG KAMPONG TEMAN, KOLO KO GHANG BERANI AMBIL LA TINDAKAN, DIA TAK TAKUT PUNYA, LAGIPUN DIA OGHANG BESO, MENTEGHI, BANYAK DUIT, BARU-BARU NIH DIA BAGI RAKYAT BERAS, KAIN DUIT, LAGI ? AH MACAM-MACAM LA, TU TANDA DIA BAIK ! KOME JANGAN KACO DIA YEK ? KOLO KOME KACO MACAM MANA KEGHOJE NAK LANCOOOOOO ! Pak Karamu

PKR beri Zahid 24 jam dedahkan pemimpin Pakatan yang dikatakan dalang insiden Lahad Datu

Oleh Mohd Farhan Darwis
April 27, 2013
 
KUALA LUMPUR, 27 April — PKR hari ini menggesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendedahkan nama tiga pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang dikatakan menjadi dalang kepada insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Naib Presidennya, N. Surendran menegaskan sekiranya Ahmad Zahid (gambar) gagal mengemukakan nama-nama berkenaan, ia jelas menunjukkan itu adalah “fitnah” yang dimainkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Amat mengejutkan Zahid Hamidi gagal memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan liar dan berbahaya itu.

“Kenyataan itu jelas untuk menyebabkan kemusnahan politik kepada Pakatan Rakyat ketika menjelang pilihan raya umum ke 13 ini,” kata Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, agensi berita nasional Bernama melaporkan Kementerian Pertahanan telah mengenalpasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

“Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah,” katanya.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut, sebaliknya berkata pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik, maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden Umno itu juga menegaskan segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya

“Ia adalah cubaan untuk mengalih perhatian daripada kegagalan kerajaan BN menangani insiden Lahad Datu yang berlarutan sehingga beberapa bulan,” tegas Surendran yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau berani dedahlah.jangan main wayang.kenapa nak tunggu lepas election zahid?kalau benar,ini kredit untuk BN.dedahkan.jangan nak tipu rakyat.kalau terbukti benar,saya akan tukar undi saya pada BN.tolong buktikan sebelum terlambat.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.