Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sebeno nyew orang kelantan sokong UMNO, tak caya tanya ku nan

Ku Nan: Jangan label semua orang Kelantan sokong Pas
Wartawan Sinar Harian
27 April 2013
Tengku Adnan Tengku Mansor
Tengku Adnan Tengku Mansor
PUTRAJAYA - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak sangka Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak masih meletakkan kepercayaan kepadanya untuk terajui kepimpinan Putrajaya setelah dua penggal jadi penyandang di kawasan Prlimen itu.

Tokoh yang selesa disapa Ku Nan ini berkata, beliau tidak gentar berdepan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kerana yakin dengan pengundi di sini.


Berdasarkan kepada situasi politik di Putrajaya, Tengku Adnan juga tidak menolak kemungkinan lawannya juga akan kehilangan wang pertaruhan dan ditamatkan karier

politik.

“Saya hanya takut apabila emosi dimainkan kerana bila seseorang itu emosional macam-macam boleh berlaku. Pelbagai tuduhan, tohmahan akan dilemparkan kerana emosi membuatkan manusia hilang pertimbangan.


“Berhati-hati kerana nikmat dikecap hari ini bukan sesuatu mudah untuk dicapai, jangan musnahkan dalam sekelip mata dengan memilih kehancuran dan membuang kestabilan,” katanya.


Menurut Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno, kerajaan telah merencanakan pelbagai transformasi untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.


“Saya yakin kepada pengundi di Putrajaya, saya tahu dan kenal mereka. Melalui penerapan konsep “We Love Putrajaya” kukuhkan keyakinan saya terhadap kasih sayang mereka terhadap wilayah ini.


“Isu perumahan penjawat awam dan masalah mereka sedang diusahakan, saya tidak pernah abaikan keperluan dan kepentingan mereka. Ini janji saya,” katanya.


Ketika diminta ulas berhubung pengundi di Putrajaya majoritinya berasal dari Kelantan beliau berkata, tidak wujud persepsi orang Kelantan sinonim dengan Pas.


“Jangan tuduh orang Kelantan macam tu, di sini 1,246 pengundi saya dari Kelantan dan saya kenal mereka dan hubungan kami akrab.


“Saya percaya warga Kelantan lebih kenal Husam daripada saya, jadi keyakinan saya terhadap mereka tetap utuh,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.