Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


02 Mei, 2013

Anwar Dedah Dokumen Penerbangan Pengundi Hantu

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendedahkan senarai syarikat penerbangan yang dipercayai digunakan Umno BN untuk membawa masuk warga asing bagi mengundi pada PRU 13.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memberi sebarang jawapan atas dakwaan yang dibuat. Saya memiliki segala dokumen syarikat penerbangan yang terlibat dan akan mendedahkannya semasa sidang media esok,” katanya dipetik TV Selangor pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Dagang,di sini pagi tadi.

Hadir sama, calon KEADILAN Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, calon KEADILAN Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin dan calon DAP DUN Teratai, Tiew Way Keng.

Dalam pada itu, Ketua Umum KEADILAN itu turut menyelar tindakan Umno-BN yang sering menggunapakai taktik kotor untuk memastikan pentadbiran negara terus berada di bawah cengkaman mereka.

Anwar berkata, pimpinan Umno-BN sepatutnya menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan dan bersedia menerima sebarang keputusan yang telah ditetapkan.

“Sudah-sudahlah dengan penipuan ini dan biar rakyat putuskan semasa 5 Mei nanti. Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut kerana kalau Umno-BN kalah sekalipun, beliau tetap ada jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

“Setiap pengundi harus keluar mengundi dan buatlah pilihan yang tepat. Kita harus usaha untuk pastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) bagi mengelakkan negara daripada terus ditadbir oleh pemimpin tidak telus seperti Umno-BN,” katanya lagi. ~keadilandaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.