Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAKSIAT ITU TELALU BESAR MAKSUDNYA !

MAKSIAT ITU PERLAKUAN YANG MELIBATKAN DOSA, ASASNYA IALAH MELANGGAR PERINTAH ALLAH DALAM SEMUA HAL, PERKARA YANG MELIBATKAN KAWASAN YANG DIKATAKAN PORT ITU SEGELINTIR SAHAJA, BAGAIMANA DITEMPAT YANG TERBUKA YANG MELIBATKAN KEHIDUPAN SOSIAL ? - Pak Karamu
 Kes maksiat berjaya dikawal
Ku Noor Faizah
28 Mei 2013
Kes maksiat berjaya dikawal
Sheikh Ahmad Shukri
 
PENDANG – Kes maksiat yang dicatatkan di daerah Pendang terkawal apabila Pejabat Agama Daerah Pendang sering melakukan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti port gejala berkenaan.

Pegawainya, Sheikh Ahmad Shukri Muhammad berkata, kes maksiat di daerah ini terkawal apabila orang ramai terutamanya pegawai masjid di kawasan ini turut bekerjasama membantu membuat tangkapan khususnya pada masa-masa kritikal.

“Keprihatinan pegawai masjid jelas membantu pejabat agama apabila satu kes maksiat berjaya ditangkap di sebuah resort di Pendang yang membabitkan pasangan kekasih berumur 16 hingga 25 tahun pada hari pilihanraya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Terima kasih atas kerjasama dan tangkapan yang dilakukan pegawai masjid kerana setiap kes yang berlaku mereka (pegawai masjid) akan membuat rujukan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Shukri berkata, pejabat agama sering melakukan pemantauan di beberapa kawasan yang dilaporkan orang ramai termasuk kolam Mada yang dikatakan sering berlaku kes maksiat.

Menurutnya, pejabat agama selalu membuat rondaan di kawasan terbabit setiap minggu walaupun pejabat agama daerah itu hanya sekadar mempunyai dua pembantu hal ehwal Islam yang merangkap pegawai penguat kuasa agama secara khusus.

“Saya sendiri akan turun membuat tinjauan di kolam Mada pada waktu Maghrib namun hasilnya mendapati kawasan itu bersih daripada gejala berkenaan apabila hanya ada pemancing di situ.

“Kes maksiat yang dicatatkan adalah sedikit dan ia terjadi adalah berpunca daripada perkahwinan dan penceraian,” katanya.

Katanya, beliau mengharap agar umat Islam seluruh Pendang sama-sama memberi komitmen bagi membanteras gejala terbabit.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.