Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, May 28, 2013

Rombakan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Suatu rombakan akan dilakukan dalam pentadbiran Selangor dalam masa terdekat dan akan menyaksikan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dibawa masuk ke dalam pentadbiran negeri dan dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab menjaga hubungan politik parti komponen Pakatan Rakyat, menurut sumber.
Lapor Sinar Harian hari ini, sumber juga memberitahu, persetujuan antara Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah dicapai dalam satu perbincangan minggu lalu.

“Mungkin Rabu akan bincang rombakan kecil itu, Saifuddin akan jaga hal hubungan politik di Selangor serta untuk memantapkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” kata sumber kepada Sinar Harian.
“Beliau ditugaskan untuk gerakkan mobilisasi jentera ke kawasan luar bandar bagi mengatasi Barisan Nasional (BN) yang bersungguh-sungguh nak rampas Selangor semula pada PRU 14 nanti,” sumber itu dipetik.
Dikatakan, Saifuddin akan berperanan memberi wajah baru kepada Selangor supaya imej negeri ini lebih dikenali sebagai sebuah negeri Pakatan dan bukan lagi kubu kuat BN.
“Bukan saja ‘rebranding’ itu kepada kakitangan awam negeri bahkan kalau boleh bangunan kerajaan dan infrastuktur di Selangor pun dicat dengan warna lain, bukan lagi warna biru,” katanya.
Dalam PRU 13, Saifuddin tewas di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu, Kedah di tangan Datuk Aziz Sheikh Fadzir, bekas Naib Ketua Pemuda Umno.
Sebelum itu, Saifuddin merupakan Ahli Parlimen Machang, Kelantan dalam penggal lalu.
Pada PRU 5 Mei lalu, Pakatan memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.
KEADILAN menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. BN pula memenangi 12 kerusi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.