Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Peningkatan gejala sosial di Kelantan membimbangkan

28 Mei 2013
PASIR PUTEH - Penglibatan pelajar sekolah menengah dalam gejala sosial termasuk kes penyalahgunaan dadah, kecurian dan rogol di Kelantan adalah membimbangkan.   

Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kelantan ACP Aziz Salleh berkata peningkatan itu berpunca daripada sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab serta suka 'lepas tangan' kepada pihak lain.
"Mereka meletakkan tanggungjawab itu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru di sekolah sepenuhnya untuk mendidik anak mereka," katanya kepada pemberita selepas menutup latihan tahunan Kor Kadet Polis Kontinjen Kelantan di Pantai Bisikan Bayu hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut berhubung perkara itu.

Aziz juga berkata gejala yang lebih membimbangkan adalah penglibatan pelajar dalam penagihan  serta pengedaran dadah oleh sindiket yang cuba mengambil kesempatan terhadap mereka.

Perkara ini bukan sahaja membabitkan pelajar di bandar malah seluruh pelusuk kampung, termasuk kawasan pedalaman, katanya.  

Beliau berkata sehubungan itu, polis kini memantau situasi berkenaan secara serius dan mengambil tindakan sewajarnya, dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah, termasuk memberi ceramah di sekolah.     - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.