Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Ahmad Maslan cabar pembangkang jemput SPR beri penjelasan
 UNDI ANTU, UNDI ANTUUUUU  !Speaker, Announcer MC master of ceremonies

13 Mei 2013
Ahmad Maslan
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencabar pembangkang menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan mereka mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya langkah itu lebih baik daripada pembangkang terus menyebarkan pelbagai dakwaan dan tohmahan terhadap institusi tersebut sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai, terutama penyokong mereka.

"Kalau SPR boleh pergi ke majlis anjuran Umno, sudah tentu SPR akan pergi ke majlis yang dianjur oleh parti-parti lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat kepada ketua-ketua penerangan cawangan, bahagian dan sayap Umno, serta badan bukan kerajaan (NGO) bersama SPR, di sini hari ini.

Anggota Parlimen Pontian itu juga yakin SPR akan menjawab sebaik mungkin isu yang dibangkitkan seperti pengundi hantu dan dakwaan lampu padam pada sesi dialog tersebut, sekali gus menghentikan penyebaran fitnah yang berleluasa terhadap institusi berkenaan.

Pada masa yang sama Ahmad menyarankan SPR membawa pihak yang memfitnah mereka ke muka pengadilan.
     
"Tiada salahnya mereka saman mana-mana NGO atau pihak yang buat fitnah kerana segala-galanya ada bukti seperti di suratkhabar milik pembangkang atau rakaman ucapan pihak pembangkang.

"Jangan biarkan fitnah bermaharajalela sampai rakyat fikir kerajaan hari ini tidah sah. Tuduhan itu berikan nama buruk kepada SPR dan mencemarkan nama Malaysia di dalam dan luar negara," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata jentera penerangan Umno akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai dakwaan pembangkang berkenaan.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.