Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Amaran Anwar jangan tipu rakyat
Wartawan Sinar Harian
4 Mei 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan sementara pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa rakyat tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk penipuan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) esok.

"Kami akan berhati-hati dalam semua aktiviti yang mencurigakan. Kami akan memastikan rakyat Malaysia akan menentukan nasib negara kita dan insya-ALLAH, kita akan berjaya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Anwar mendakwa Pakatan Rakyat (PR) telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila siri ceramah dan kempen pilihan raya di seluruh negara mendapat sambutan luar biasa apabila jumlah yang hadir semakin bertambah.

"Kita telah melihat beratus-ratus ribu rakyat Malaysia daripada semua kaum datang ke ceramah kita.

"Sambutan di kubu kuat Umno-Barisan Nasional seperti di Johor, Sabah dan Sarawak semakin bertambah besar," katanya.

Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Permatang Puah berkata, sebaik sahaja PR membentuk Kerajaan Persekutuan dan memasuki Putrajaya, mereka akan melaksana dan menunaikan manifesto yang ditawarkan kepada rakyat kali ini,
“Fokus pelan hala tuju ini mesti prorakyat dan terdiri daripada beberapa langkah yang akan mempunyai kesan serta-merta, dan manfaat jangka panjang.

“Ini adalah pembaharuan yang BN tidak berani untuk laksanakan, tetapi PR mempunyai keberanian untuk berbuat demikian iaitu pembaharuan yang akan membawa kembali kebangkitan, kemerdekaan dan demokrasi yang tulen kepada Malaysia,” ulasnya.

Anwar mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak berasa gusar jika berlaku peralihan kuasa di peringkat pusat nanti selepas PR memperolehi dua pertiga untuk membentuk kerajaan.

Sebaliknya beliau memberi jaminan peralihan itu bukan sahaja mencatatkan sejarah di negara ini, bahkan ia akan dilakukan dengan aman mengikut perundangan dan sistem demokrasi yang sebenar.

Berikut 3 janji 30 hari, 10 tindakan 100 hari Pakatan Rakyat dikeluarkan hari ini oleh kenyataan Anwar:

6 Mei - Cuti awam bagi memudahkan rakyat pulang dari kampung selepas mengundi.
30 hari pertama: Meringankan beban, mensejahterakan rakyat
1.  7 Mei - menurunkan harga minyak serta-merta
2.  Membatalkan semua pinjaman hutang PTPTN
3.  Pemulaan penghapusan tol lebuhraya secara berperingkat

100 hari pertama: Menjana Ekonomi Negara yang Memenfaatkan Rakyat

1. Menubuhkan Majlis Daya Saing Negara dengan mandat untuk menyediakan pelan induk untuk menghasilkan sejuta pekerjaan dalam bidang-bidang tambah nilai tinggi.
2. Menilai semua kontrak penswastaan yang merugikan rakyat menurut lunas undang-undang
3. Melancarkan inisiatif sektor perkhidmatan awam menuju kelas dunia serta menjadikannya bercirikan tatakelola baik, berkebajikan, berpendidikan tinggi dan mesra keluarga
4. Memberi peruntukan yang sepatutnya bagi Perbadanan Perumahan Negara mencapai sasaran pembinaan rumah seperti yang telah dijanjikan.
5. Membebaskan media dari campurtangan politik
6. Menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan yang lebih bebas dan bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri
7. Menetapkan sasaran mengurangkan kadar kemiskinan yang merentasti semua kaum
8. Melancarkan Agenda Merakyatkan Parlimen – memulakan gerak kerja pindaan atau penghapusan semua undang-undang 'anti-rakyat':
                                                                      - Akta Percetakan dan Penerbitan 1984
                                                                      - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
                                                                      - Memulangkan royalti hasil petroliam dan hidrokarbon 20 peratus kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan
9.  Memulakan penyelesaian permasalahan tanah adat Orang Asal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
10. Menyelesaikan isu kewarganegaraan, terutamanya rakyat keturunan India dan pribumi Sabah dan Sarawak, dan permulaan proses pembersihan senarai kad pengenalan seluruh negara

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.