Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Anwar kesal kelemahan undang-undang PRU
NIZAM ZAIN
6 Mei 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal apabila masih wujud pelanggaran peraturan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13, semalam.

Anwar mendakwa sebanyak sembilan kes telah dilaporkan pada hari pengundian termasuk cubaan warga asing untuk mengundi, namun ia berjaya dihalang oleh pemantau setelah pergerakan mereka mencurigakan.

"Satu kes di Shah Alam apabila Muslimat Pas berjaya menghalau sekumpulan lelaki warga Bangladesh apabila mereka cuba menghampiri pusat mengundi.

"Lebih dikesalkan apabila ada satu kes di mana pihak polis mengarah pemantau pulang bagi mengaburi taktik mereka membiarkan beberapa bas membawa warga Bangladesh pusat daerah mengundi," kata beliau pada sidang media di sini lewat malam tadi.

Pada Sabtu lalu, Anwar telah memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak melakukan penipuan semasa proses pengundian.

Dalam pada itu, pihaknya sedang mengumpulkan bukti yang secukupnya sebelum mengambil tindakan selanjutnya bagi membawa mereka ke muka pengadilan.

Tambahnya, cubaan melakukan penipuan dalam pilihan raya  dapat dilihat dengan jelas apabila seorang warga Bangladesh yang dipercayai pengundi hantu ditahan di Taman Segar, Cheras.

Bagaimanapun pihak polis membawanya pergi.

Anwar juga mengulangi amarannya supaya kegagalan SPR mengekang pengundi hantu perlu dipertanggugnjawabkan kerana ia melibatkan kecuaian.

"SPR gagal kerana membiarkan pendatang asing cuba mengundi. Ia perlu disiasat tanpa sebarang alasan.

"Kita ada fakta kukuh untuk membuktikannya," tegasnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.