Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
BN menang tipis, kekal di Terengganu
RAHAYU MUSTAFA & NORHASPIDA YATIM
6 Mei 2013
 BN menang tipis, kekal di Terengganu
Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang dengan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir untuk mengikuti keputusan terkini PRU di Menara Dato Onn hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) masih diberi mandat memimpin Terengganu dengan kemenangan tipis 17 kerusi Dun, sekali gus gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.
Melalui keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kira-kira jam 10 malam tadi, Pas berjaya memperoleh 15 kerusi Dun.

Antara kerusi Dun di bawah Parlimen Setiu yang sah milik BN adalah Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit.

BN juga masih mengekalkan kuasa di Parlimen Besut dengan menguasai kerusi Dun Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut.

Sementara itu, Pas mampu menarik nafas lega apabila menang bergaya dengan menguasai semua kerusi Dun Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang dan Batu Buruk di bawah Parlimen Kuala Terengganu.

Di Kemaman pula, BN masih menguasai tiga kerusi di Dun Kemasek, Kijal dan Air Putih sementara kerusi Dun Cukai berjaya dikuasai Pas.

Bagi Parlimen Kuala Nerus, BN hanya berjaya merebut satu kerusi iaitu Dun Seberang Takir, sementara kerusi Dun Tepuh, Teluk Pasu, dan Bukit Tunggal dikuasai Pas.

Dalam pada itu, Pas juga berjaya menguasai tiga kerusi Dun di Parlimen Marang iaitu Dun Alur Limbat yang sebelum ini dikuasai BN, Bukit Payung dan Ru Rendang,
manakala hanya satu kerusi sahaja menjadi milik BN iaitu Dun Pengakalan Berangan.

Dungun pula menyaksikan Pas berjaya menguasai tiga kerusi Dun di Paka, Sura, dan Rantau Abang sementara BN hanya berjaya menguasai kerusi Dun Bukit Besi.

Di Hulu Terengganu, BN kekal di tiga kerusi yang disandang iaitu di Ajil, Kuala Berang dan Telemung manakala Manir masih kekal dikuasai Pas.

Bagi kerusi Parlimen BN hanya mampu mempertahankan kerusi Parlimen Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman sementara Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Dungun di bawah penguasaan Pas.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.