Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Dakwa perkauman : GPMS bela Mohd Noor
JAMILAH HAMZAH
15 Mei 2013
GPMS
GPMS
SHAH ALAM - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini mempertahankan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berhubung ucapan yang menjadi kontroversi pada Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah.

Setiausaha Agung GPMS, Zambry Mohd Isa berkata program wacana yang dianjurkan GPMS hanya mencakupi perbincangan ilmiah bukan bertujuan untuk melakukan hasutan.

Menurutnya, ucapan Mohd Noor adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan untuk mempertahankan hak orang Melayu di Malaysia.

"Apa yang diperkatakan (Mohd Noor) tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau ada kelayakan, beliau berkata ikut Perlembagaan.

"Adakah itu 'kotor'? Tak jadi isu soal untuk membuat hasutan... ini hanya perbincangan ilmiah untuk mempertahankan orang Melayu yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada Isnin lalu, selepas berakhirnya wacana yang membincangkan hala tuju orang Melayu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ucapan Mohd Noor yang juga panelis untuk program itu berbaur hasutan.

Manakala, rakan perikatannya juga, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan ugutan Mohd Noor itu sebagai ugutan bertujuan menutup kegagalan menjawab isu rasuah oleh pelbagai bangsa dalam Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Zambry juga mengingatkan supaya pemimpin politik tidak menjadikan perkara tersebut sebagai 'double standard' untuk kepentingan parti politik masing-masing.

"Kalau nak ambil tindakan kepada Mohd Noor, ambil tindakan kepada Namawee sekali yang telah menghina lagu Negaraku dan sebagainya.

"Jangan jadikan isu ini 'double standard'...jangan buat-buat buta atau buat-buat bodoh dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.