Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Detik untuk buat pilihan semakin hampir

3 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Ahad ini, lebih 8,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh negara untuk membolehkan rakyat Malaysia mengundi dalam apa yang disifatkan sebagai pilihan raya umum (PRU) paling sengit untuk membentuk kerajaan dalam sejarah 56 kemerdekaan negara ini.

PRU13 dilihat amat penting berikutan wujudnya kesedaran dalam kalangan pengundi bahawa kini mereka benar-benar memegang kunci untuk menentukan masa depan negara ini.

Walaupun persaingan untuk merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri merupakan perkara paling utama pada PRU kali ini, namun perkara yang tidak kurang pentingnya untuk dilihat ialah sama ada rakyat menerima kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu tekun berusaha untuk melaksanakan transformasi atau mereka menyerahkan negara ini untuk julung kalinya kepada Pakatan Rakyat, yang belum pernah teruji, dengan anggotanya pula berkongsi amat sedikit persamaan, kecuali cita-cita untuk menduduki Putrajaya.

Buat julung kalinya, Najib menerajui Barisan Nasional (BN) menghadapi PRU sebagai perdana menteri sejak mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009, 12 bulan selepas tsunami politik melanda PRU 2008, yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, manakala Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor terlepas kepada Pakatan Rakyat.

Sebaik saja menduduki kerusi perdana menteri, Najib memperkenalkan konsep 1Malaysia dan melaksanakan transformasi kerajaan, politik serta sosioekonomi untuk merintis jalan ke arah masa depan negara yang lebih bersifat terangkum untuk semua rakyat. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.