Isnin, 20 Mei 2013
KEJADIAN KAD PENGENALAN DIGUNAKAN OLEH PENGUNDI HANTU DI SELURUH MALAYSIA
Mulai
hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang
mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan
penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap
minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa
bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan,
#siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil
memberikan keterangan.
Penyelewengan
yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca
dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan
kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab,
iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Kehadiran
pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan
rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud,
segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola
pengundian mengikut saluran dan lain-lain – diragui oleh rakyat.
Setakat
17 Mei 2013, 8 orang pengundi telah tampil dengan laporan polis yang
dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain
telah pun mengundi menggunakan nama mereka. Ini bermakna wujud kad-kad
pengenalan palsu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang
telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi
hantu.
8 orang pengundi yang telah tampil adalah seperti berikut:
Nama
|
Parlimen
|
Kamarulzaman Md Adnan
|
P105 Sungai Petani
|
Mohd Khir Shaari
|
P131 Rembau
|
Mohd Razmi Khalid
|
P096 Kuala Selangor
|
Nor A’risah Ab Yamin
|
P102 Serdang
|
Zaripah Abdul Halim
|
P040 Kemaman
|
Lee Hou Cyang
|
P102 Serdang
|
Sairah Jusoh
|
P019 Tumpat
|
Mohamad Khairul Azhar Yang Ali
|
P108 Shah Alam
|
Laporan polis yang telah dibuat berhubung perkara ini disertakan bersama
#siasatpru13
sedang dalam proses untuk mendapatkan persetujuan pengundi-pengundi ini
untuk membuat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) mengenai kejadian
ini untuk mengukuhkan lagi bukti yang ada.
Wujudnya
kad pengenalan berlainan untuk membolehkan orang lain mengundi dengan
menggunakan identiti seorang rakyat Malaysia yang sah adalah amat
membimbangkan. Ia bukan sahaja mengesahkan kehadiran pengundi hantu di
dalam PRU13, tetapi membayangkan kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara
menjamin bahawa kad pengenalan adalah tulen, selamat dan unik kepada
setiap rakyat Malaysia.
Fakta
bahawa pengundi hantu wujud kerana identiti rakyat Malaysia digunakan
oleh orang yang tidak dikenali untuk mengundi tidak boleh dinafikan oleh
sesiapa. Pun begitu, saya mencabar SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara
untuk mengemukakan alasan mereka untuk dihakimi oleh mahkamah rakyat.
Saya
juga mencabar YB Khairy Jamaluddin yang baru dilantik ke Kabinet
menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang
mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
20 MEI 2013
0 orang berkata:
Post a Comment