Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
'Kemenangan kami dirompak', dakwa Anwar
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
7 Mei 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan pilihan raya umum kelmarin sepatutnya menyebelahi Pakatan Rakyat (PR) tetapi "telah dirompak."

Anwar mendakwa, PR sebenarnya adalah pemenang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) namun berlaku unsur penipuan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga menyumbang kepada kekalahan perikatan itu.

"Kita sudah menang tetapi kemenangan itu dirompak oleh BN...," ujar beliau dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online di pejabatnya, semalam.

Ketika ditanya peningkatan kerusi kali ini berbanding, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegaskan, "ini bukan (soal) tambah kerusi, tapi kami menang... (sudah) menang."

Menurut Anwar, bukti besar berlakunya penipuan adalah menerusi undi awal dan pos.

Pihaknya mengesyaki sesuatu apabila PR hanya memperoleh sekitar 12 peratus undi pos dan awal.

"Tak kan 12 peratus sahaja diberikan kepada kita?

"Kalau kita lihat undi luar negara, itu 70 hingga 80 peratus (nampak) memihak PR daripada apa yang dimaklumkan tetapi bila buka undi,  kita dapat 12 peratus, 15 peratus," ujar beliau.

Untuk rekod, seramai 272,387 daripada 13.3 juta pemilih berdaftar di negara ini ialah pengundi awal.

Mereka menunaikan tanggungjawab mengundi pada 30 April lalu.

Penipuan ini katanya, diperkukuhkan dengan lagi dengan kemunculan pengundi mencurigakan didakwa warga asing dari Bangladesh, Myanmar dan sebagainya.

"... pegawai SPR mengeluarkan kertas undi keluar yang ditangkap dengan dokumen ada dalam video seperti, yang kita tayangkan sebahagian semalam, pemadaman lampu...

"Seperti kes di Lembah Pantai, terpaksa dikawal dengan begitu keras sekali. Kalau tidak, Nurul Izzah akan tewas. Ini apa?

"Ini lambang penipuan dan politik samseng," tegas Anwar.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR malam semalam, Barisan Nasional menang dengan 133 kerusi seterusnya berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara PR bertambah sembilan kerusi menjadikan jumlah kerusi yang dimenangi 89 kesemuanya.

Beberapa negeri menyaksikan perubahan tampuk pemerintahan di peringkat negeri manakala selebihnya kekal.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.