Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kuala Kangsar, Catatan Idham Lim (1)


Semuga Allah beri kekuatan kepada hamba Mu yang lemah ini....
26 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] 
Keputusan PRU ke 13 memang mengejutkan banyak pihak, kerana itu pada pagi saya gagahkan jasad ini untuk berada di hadapan komputer untuk mencatat sesuatu sebagai tatapan rakan seperjuangan dan pengunjung blog ini. 
Paling kurang agar ia menjadi suatu memori kenangan bersama dan peniup kepada semangat yang masih membara untuk terus menyusun strategi bagi menawan Kuala Kangsar dalam PRU 14 akan datang.
Seawalnya selepas penamaan calon berlaku saya banyak menerima panggilan dan sms juga ucapan secara langsung dari para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang melihat peluang terbaik untuk menawan Kuala Kangsar bila berlaku pertandingan 3 penjuru. 
Demikianlah yang saya lihat kepada semua petugas di Kuala Kangsar, mereka sangat bersemangat untuk berkerja keras bagi memasti kemenangan milik mereka.
Sebenarnya saya telah menanamkan pada pemikiran mereka bahawa kita tidak mahu menang dengan disebabkan kita mencuri peluang dan berharap kepada kelemahan musuh , namun saya tanamkan pada mereka bahawa kita mesti menang atas kekuatan yang kita bina dalam jentera dan parti sekian lama.
Umumnya mereka melihat itu sesuatu yang sangat menarik dan memberi peluang dan kelebihan. Apalagi peluang itu dianggap berada di urutan yang pertama disebabkan yang menjadi calon bebas di Kuala kangsar adalah Datuk Kamilia yang dikenali umum dan aggapan beliau punya pengaruh yang kuat untuk memecah undi BN.
Namun saya tenangkan suasana dengan merulangkali memberi kenyataan kepada rakan media cetak dan elektronik, ianya bukan saya anggap peluang namun ianya satu cabaran untuk saya berkerja dengan keras tanpa henti bagi menawan Kuala kangsar dan cipta satu sejarah.
Saya sebenarnya tidak terpancing dengan andaian bayak pihak bahawa Kamilia dapat memecahkan undi BN dengan ada yang beranggapan sehingga 2000 lebih, sesekali saya beranggaspan kalau dia dapat 500 undi sudah kira banyak.
Ternyata dia hilang deposit dengan hanya mendapat 447 undi sahaja. Saya mendapat 13,136 undi dan calon BN dapat 14,218 undi. majoriti yang dimenangi oleh calon BN sebanyak 1082 undi ternaya mengejutkan banyak pihak.
Bayangkan seawalnya selepas subuh dalam perjalanan saya balik ke Titi Serong untuk mengundi di kampung halaman isteri saya sudah menerima sms ucapan tahniah dari rakan dari KL, katanya dia ingin menjadi orang yang terawal untuk ucapkan tahniah atas kemenangan yang akan diraih pada hari itu.
Ternyata anggapannya dan harapan banyak pihak yang tinggi menggunung meleset.......(bersambung...)

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.