Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Mat Sabu kecewa
Wartawan Sinar Harian 7 Mei 2013
Mohamad Sabu Mohamad Sabu 
 
PENDANG - "Saya tidak terima kekalahan lagi."
Itulah yang ditegaskan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang ditewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul bagi kerusi Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas pada calon BN itu yang memperoleh 32,165 undi dan menang dengan majoriti 2,638 undi

Mat Sabu sebelum ini kalah dalam dua PRU bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah pada 2004 dan Parlimen Kuala Terengganu pada 2008.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa kerana gagal mempertahan kerusi Parlimen Pendang yang disandang Datuk Dr Mohd Hayati Othman walaupun kawasan itu telah dikenali ramai sebagai kubu kuat Pas di Kedah.

“Saya kecewa kerana gagal pertahankan Parlimen Pendang namun saya tidak terima kekalahan ini lagi kerana saya akan buat kajian dan semak semula peratus undi Siam.

"Masyarakat Siam yang keluar mengundi di Sungai Tiang adalah luar biasa manakala di Tokai tidak mengalami masalah.

"Kemungkinan ada unsur-unsur penipuan di kawasan itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.