Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pil kuda : Ibu bersama tiga anak ditahan
Wartawan Sinar Harian
16 Mei 2013
Zamri
Zamri
KUALA TERENGGANU - Seorang ibu bersama tiga anaknya ditahan untuk membantu siasatan selepas polis menemui sebanyak 2,400 biji pil kuda dalam satu serbuan di kediaman mereka di Kampung Titian Baru, Kedai Buluh, di sini, Isnin lalu.


Menurut sumber, dalam serbuan kira-kira jam 4 petang oleh anggota narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu itu, suri rumah terbabit, 50-an, sedang berehat diruang tamu bersama dua anak perempuan dan seorang anak lelaki, masing-masing berusia lingkungan 20-an.

“Dalam serbuan itu, polis berjaya menemui pil kuda bernilai kira-kira RM20,000 yang disorokkan di dalam bakul yang dipenuhi baju di dalam salah sebuah bilik rumah berkenaan,” katanya, semalam.

Sumber berkata, empat beranak itu direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi, semalam, mengesahkan tangkapan empat beranak berkenaan.

Zamri turut menjelaskan rampasan itu merupakan jumlah rampasan tertinggi dalam tempoh lima bulan, sepanjang tahun ini, dan merupakan satu kejayaan anggota narkotik IPD Kuala Terengganu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.