Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Polis Perak: Petugas SPR bawa kertas undi belum diguna untuk semakan

3 Mei 2013
IPOH - Polis Perak hari ini mengesahkan kertas undi yang dibawa keluar petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung semalam adalah kertas undi yang belum digunakan.
  
Jurucakap media Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kontinjen Perak Supt Maszely Minhad berkata tindakan itu untuk tujuan semakan dan dibenarkan seperti yang dinyata dalam buku panduan pegawai pengurus, bab enam para dua di bawah tajuk 'menyemak keperluan dokumen dan peralatan pilihan raya oleh ketua tempat mengundi'.
  
"Kertas undi dalam kotak itu bukan kertas undi awal...ia adalah kertas undi yang belum digunakan untuk tujuan semakan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.
  
Katanya kejadian itu adalah salah faham dan polis tidak membuka kertas siasatan mengenai kes berkenaan.
  
Semalam, seorang calon daripada parti yang bertanding membuat laporan polis kira-kira pukul 2.30 petang, mengenai tindakan pihak SPR mengarahkan petugasnya mengeluarkan kotak-kotak berisi kertas undi di IPD Manjung.
  
Dalam kes berasingan, seorang pekerja kedai makan berumur 30 tahun cedera pada bahagian muka, mata kanan, hidung dan dahi akibat dipukul beberapa lelaki lain di Dataran Malim Nawar, Kampar dekat sini, semalam.
  
"Mangsa dalam konvoi motosikal dari pekan Malim Nawar menuju Dataran Malim Nawar. Sebaik tiba di dataran mangsa dapati ada sebuah motosikal jatuh dan mangsa cuba menolong namun sebaliknya mangsa dipukul oleh beberapa orang lelaki," katanya.
  
Beliau berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.