Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Polis siasat pemimpin politik bangkit isu perkauman semasa PRU13

9 Mei 2013
PUTRAJAYA - Polis kini menyiasat beberapa laporan terhadap pemimpin politik yang didakwa membangkitkan isu perkauman semasa berceramah pada kempen pilihan raya umum ke-13.
Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Abdul Wahab Mohamed berkata bagaimanapun pihaknya tidak boleh memberi butiran pemimpin terbabit kerana masih dalam siasatan.

"Sehubungan itu, adalah tidak wajar Jabatan Peguam Negara menguar-uarkan nama ahli politik. Kita tak pernah menyiarkan nama ahli politik atau pemimpin yang terlibat dalam apa-apa siasatan sehingga siasatan lengkap dan pertuduhan dibuat," katanya pada sidang akhbar di Jabatan Peguam Negara hari ini.

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara juga menerima 327 laporan polis berhubung aduan bahawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas pada hari mengundi Ahad lepas melakukan kesalahan.

Antara aduan yang diterima adalah petugas SPR memangkah kertas undi sebelum diserah kepada pengundi untuk dimasuk ke dalam peti undi, katanya.

Abdul Wahab juga berkata empat individu akan didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting dan Klang esok berhubung pelbagai kesalahan pilihan raya seperti sengaja menghalang pegawai polis menjalankan tugas rasminya dan mengambil bahagian dalam rusuhan.

Selain itu, beliau berkata sejak 2 petang semalam sehingga 2 petang ini, sebanyak 75 kes diarahkan untuk siasatan lanjut sementara 11 kes tiada tindakan lanjut. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.