Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Saifuddin Abdullah tewas di Temerloh
Wartawan Sinar Harian
6 Mei 2013
TEMERLOH - Pakatan Rakyat (PR) meraih kemenangan mengejutkan di Temerloh dengan merampas kerusi Parlimen Temerloh, Dun Mentakab dan kekal di Dun Kuala Semantan tetapi tewas kepada Barisan Nasional (BN) di Dun Lanchang.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menang ke atas Datuk Saifuddin Abdullah dengan majoriti 1,070. Nasrudin memperoleh 28,267 undi manakala Saifuddin Abdullah memperoleh 27,197 undi.

Pas kekal di Dun Kuala Semantan dengan majoriti 2,685 undi menerusi kemenangan Syed Hamid Syed Mohamed yang mendapat 12,101 undi menewaskan Mohammad Anuar Mohd Yunus dari BN yang mendapat 9,416

Calon DAP Melayu, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji turut membuat kejutan apabila meraih 7,481 undi menewaskan penyandang Datuk Chuah Boon Seong yang mendapat 5,690 undi dengan majoriti 1,791.
Bagaimanapun BN kekal di Dun Lanchang apabila calonnya Datuk Mohd Sharkar Shamsudin meraih 10,393 undi manakala lawannya Ahmad Nizam Hamid dari PKR meraih 9,266 undi dengan majoriti 1,127.

Sementara itu, Saifuddin mengucapkan tahniah kepada pencabarnya, Nasrudin.
"Saya ucapkan tahniah kepada @Tantawi100 yang menangi Parlimen Temerloh dengan majoriti 1,070 undi. Saya ucapkan terima kasih kepada para pengundi yang membuat pilihan," kata beliau menerusi twitter sebentar tadi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.