Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, May 4, 2013

Pakatan Hampiri Putrajaya!

Moga Allah makbulkan aspirasi dan harapan rakyat yang begitu kepinginkan perubahan
Ada penafian dari ATM tak?
Kalau tak ada mungkin laporan ini betullah
Pakatan bakal bentuk k’jaan baru?
FMT Staff May 4, 2013
Hasil kajian Kor Risik ATM, Pakatan mampu menang 117 kerusi Parlimen dan sekaligus membentuk kerajaan baru.
PETALING JAYA: Kajian Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (Kor Risik ATM) menunjukkan Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu memenangi 117 kerusi Parlimen dan sekaligus membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah 12 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).
Sementara Barisan Nasional (BN) pula dalam kaji selidik yang disalurkan anggota Kor Risik ATM itu menunjukkan hanya mampu memenangi 105 kerusi sahaja.
Kajian yang turut diguna pakai oleh BN itu menunjukkan Pakatan selain berjaya mempertahankan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, juga berjaya memenangi semula Perak serta merampas Negeri Sembilan dan Terengganu.
Demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu program ceramah di Seksyen 7 di sini malam tadi, dipetik dari blog kelab greenboc.
“Johor walaupun kita boleh memenangi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen yang jauh lebih banyak, tetapi mengikut ‘survey’ itu belum boleh dapat tawan negeri, saya cakap betul ini.
“Melaka, kita boleh tambah kerusi Parlimen dan negeri (DUN), tetapi masih belum boleh tawan negeri.
“Pahang, kita boleh tambah kerusi tetapi kita masih belum boleh tawan lagi, menjadikan kita ada tujuh negeri dan Perlis katanya 50/50,” ujar Mustafa.
Menurut beliau, keputusan kaji selidik itu berdasarkan keadaan semasa sekiranya PRU-13 diadakan Selasa lalu.
Bagaimanapun tambah Mustafa, beliau juga dimaklumkan bahawa keputusan kaji selidik itu boleh berubah dalam masa beberapa hari sebelum menjelang hari mengundi Ahad ini.
“Apakah dia akan turun atau pun dia akan naik, trend pada waktu ini menunjukkan kita sedang naik, maknanya tidak mungkin kurang daripada 117 kerusi.

Najib cemas
“Ini yang mencemaskan (Perdana Menteri) Najib Tun Razak, mencemaskan (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin dan yang paling cemas (bekas Perdana Menteri) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri,” katanya lagi.
Mustafa dalam ceramahnya turut menjelaskan, kaji selidik yang dikeluarkan Kor Risik ATM merupakan kajian paling dipercayai pemimpin BN berbanding dua lagi agensi kerajaan lain, Kemas dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.
Untuk memenangi di peringkat persekutuan sekaligus menduduki Putrajaya, Pakatan perlu menang sekurang-kurangnya 112 daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Buat pertama kali, dalam PRU-12 pada 2008, BN dinafikan majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen apabila hanya mampu menang dengan majoriti 140 kerusi manakala Pakatan menang 82 kerusi.
Selain itu, kaji selidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Najib yang juga Pengerusi BN merosot tiga peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.
Kaji selidik yang dijalankan di kalangan para pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei lalu juga meletakkan Pakatan  mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.
Populariti Najib menurun sedikit daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang – beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini.
Merdeka Centre berkata angka itu mencerminkan penurunan faktor “feel good” yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain.
Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan iaitu pada 25 peratus.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.