Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
SPR umum keputusan rasmi selepas jam 9 malam
Wartawan Sinar Harian 5 Mei 2013
PUTRAJAYA - Keputusan  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang rasmi di peringkat Dun dan Parlimen akan diumumkan selepas jam 9 malam ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR masih belum menerima keputusan sepenuhnya daripada Pegawai Pengurus Negeri.

Menurutnya, seawal jam 8.15 malam SPR hanya menerima keputusan rasmi dari beberapa kawasan di Sarawak sahaja dan pengumuman rasmi akan dibuat selepas mengetahui 50 peratus keputusan pilihan raya.

"Kita harap keputusan akan diperolehi seawal yang mungkin. SPR perlu menerima Borang 16 daripada Pegawai Pengurus terlebih dahulu.

"Ketua Tempat Mengundi sedang dalam proses mengira undi yang diperolehi di saluran masing-masing. Sabarlah, Pegawai Pengurus di kawasan masing-masing sedang membuat pengiraan dan SPR akan membuat pengumuman rasmi.," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Abdul Aziz juga turut mengingatkan mana-mana parti politik tidak menyebarkan keputusan tidak rasmi melallui sistem khidmat ringkas (SMS) atau laman sosial sebelum pengumuman rasmi dibuat oleh SPR.

"SPR menerima laporan ada parti politik tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat tidak tepat bahawa ada parti politik tertentu mengumumkan kemenangan dalam pilihan raya. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada orang ramai," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.