Thursday, May 2, 2013
Jawab Tentu Mereka Jawab Mak Cik Oiii.....Tinggal Lagi Betul Atau Bohong?
Sama gak dengan SPR
Ada soalan ada jawapannya
Memuaskan atau tidak, percaya atau tidak itu adalah hak kita
Bukan masalah mereka - konon mereka dah dan bermacam cara mereka gunakan untuk mewajarkan jawapan mereka
Tapi masalah kita ialah.....
Apa yang boleh kita buat?
Mendesak ker, mengasak ker mereka tidak akan berganjak
Mereka buat pekak badak dan alih-alih putar alam ajer!
TERKINI @ 06:02:26 PM 02-05-2013
OLEH BOO SU-LYN
Ada soalan ada jawapannya
Memuaskan atau tidak, percaya atau tidak itu adalah hak kita
Bukan masalah mereka - konon mereka dah dan bermacam cara mereka gunakan untuk mewajarkan jawapan mereka
Tapi masalah kita ialah.....
Apa yang boleh kita buat?
Mendesak ker, mengasak ker mereka tidak akan berganjak
Mereka buat pekak badak dan alih-alih putar alam ajer!
Kerajaan harus jawab dakwaan pengundi diragui, kata Ambiga
TERKINI @ 06:02:26 PM 02-05-2013
OLEH BOO SU-LYN
Pengerusi
Bersama Bersih Datuk S. Ambiga menerangkan kepada pihak pemberita
bahawa kerajaan perlu menjawab tuduhan rakyat asing dihantar ker
Semenanjung untuk mengundi. - Gambar The Malaysian Insider
KUALA
LUMPUR, 2 Mei — Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan
mendesak agar kerajaan menjawab hari ini berkenaan dengan tuduhan rakyat
asing dari Malaysia Timur dihantar ke semenanjung untuk mengundi dalam
pilihan raya 5 Mei.
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa awal hari ini Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) dan Pejabat Perdana Menteri terlibat dalam
menerbangkan lebih 40,000 pengundi diragui dari Sabah dan Sarawak ke
beberapa negeri di semenanjung baru-baru ini.
“Senyap
bukan pilihan dalam keadaan ini,” kata Ambiga dalam satu forum dengan
Steve Teoh, yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi
Parlimen Cheras, di sini hari ini.
“Kami
menjangkakan sambutan daripada syarikat penerbangan yang
bertanggungjawab dan dari kerajaan sementara,” kata ketua pemantau
pilihan raya itu.
Anwar
mengatakan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai bukti dokumentari “berwibawa”
mengenai 16 penerbangan direkodkan daripada Sabah dan Sarawak setiap
hari, khususnya dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu
sejak 25 April.
Ambiga
mengatakan hari ini SPR tidak mencegah rasuah dalam Pilihan Raya 2013,
menegaskan Bersih menerima laporan mengenai pembelian undi dalam apa
yang dikatakan sebagai pilihan raya paling sengit semenjak Merdeka.
“Semasa hari penamaan calon, wang mula diserahkan,” katanya.
Peguam
dan aktivis terkenal itu juga menggesa SPR mendedahkan kepada umum
garis panduan kakitangan mereka berkenaan dengan penggunaan dakwat
kekal untuk pilihan raya umum ke 13.
Beliau
mengatakan alasan SPR semalam berkenaan kegagalan dakwat kekal untuk
berfungsi disebabkan oleh kakitangan mereka tidak menggoncangkan botol
dakwat tersebut tidak dapat diterima.
Beliau
turut menyelar SPR kerana gagal menyelesaikan dakwaan PR Selangor
mengenai 28 peratus daripada 440,000 pengundi baru mendaftar di negeri
tersebut tidak dapat dikesan.
“Mereka seharusnya gembira rakyat membantu untuk membersihkan daftar pemilih,” kata Ambiga.
Beliau
juga membangkitkan tentang BN tidak seharusnya menggunakan logo
1Malaysia dalam kempen mereka kerana ianya adalah polisi kerajaan.
“BN tidak boleh menggunakan logo 1Malaysia kerana duit yang dibelanjakan datang dari kita,” kata Ambiga.
Wajah
Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak berada dalam kempen BN
seperti yang ditunjukkan di banner dan papan iklan dengan gambarnya dan
logo 1Malaysia di seluruh negara.
Teoh
akan berhadapan dengan penyandang kerusi dari DAP Tan Kok Wai bersetuju
parti politik harus diberikan akses media yang adil.
“Liputan kepada kedua-dua pihak harus adil kepada kedua-duanya,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment