Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Timbalan Ketua Setiausaha KBS cedera parah, isteri maut

12/05/2013 4:15pm

LEDANG - Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Zaidon Asmuni dan dua anaknya cedera parah manakala isterinya terbunuh selepas terlibat kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.40 malam itu, Zaidon, 57, patah tangan dan cedera di kaki, anak perempuannya, 21, dan anak lelakinya, 12, cedera di bahagian badan sementara Datin Halimah Awaludin, 55, maut di tempat kejadian.

Mayat Halimah dihantar ke Hospital Tangkak di sini manakala Zaidon dan dua anak termasuk pemandunya, 22, menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superitendan Harun Idris berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Perdana V6 dinaiki empat beranak bersama pemandunya itu hilang kawalan semasa berada di arah selatan lebuh raya berkenaan.

"Akibatnya kereta berkenaan merempuh sebuah treler dari arah belakang sebelum berpusing dan melanggar pembahagi jalan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara yang lain cedera. Namun pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

"Dipercayai keluarga Zaidon ketika itu dalam perjalanan dari Putrajaya ke Batu Pahat. Kereta tersebut remuk teruk tetapi kesemua mangsa tidak tersepit akibat pelanggaran itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - KOSMO!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.