Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, May 14, 2013

Isyarat awal Azmin Ali akan tanding jawatan presiden KEADILAN dalam pemilihan parti akan datang.

Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali
Pasca pilihan raya umum ke13, menampakkan dengan jelas kecelaruan politik Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali dan beberapa kerat penyokong tegarnya. Kerajaan Rakyat klasifikasikan para penyokong tegar Azmin Ali ini sebagai "Politikus perca".
Politikus perca lumrahnya tidak mempunyai prinsip politik tersendiri. Wibawa politik mereka rapuh. Hantaran idea mereka hambar. Bacaan politik mereka songsang. Tampilan mereka malap. Politikus perca juga bergantung kepada boss mereka untuk menentukan masa depan politik mereka kerna mereka secara peribadi tidak mempunyai kekuatan menongkah arus politik semasa.

Posting ini, Kerajaan Rakyat tidak berminat untuk melanjut-olah berkaitan spesis politikus perca. InsyaAllah, dilain kesempatan akan kita olah bicara lanjut berkaitan politikus perca. Apa yang lebih Kerajaan Rakyat minat bicarakan ia lah lentuk politik Timbalan Presiden Keadilan itu sendiri.


Selepas gagal kembara sulitnya untuk menjadi Menteri Besar Selangor, boss kepada para politikus perca itu dengan keegoan maksima, mengadakan Sidang Media.

Madah berhelah, Azmin Ali mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu sulit yang tidak wajar sama sekali diluahkan kepada umum dalam sidang media tersebut.

Dua per tiga daripada kandungan kenyataan media dalam sidang medianya, Azmin Ali bias, malah, lebih dari itu ianya sekadar melempiaskan kehampaannya kerna tidak dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi penggal kedua..... period!

Pada 10hb Mei, jam 11 pagi, Azmin Ali adakan Sidang Media Khas di Pejabat Keadilan, Tropicana. Sehari selepas itu, pada 11hb Mei, sebelah petang, Azmin Ali tweet di twitter miliknya.
Azmin Ali tweet di twitter
Bila Azmin Ali tweet; "Lets us (young MPs) initiate new ideas in parliament. Dismantle old politics and embark new policies...." ditweeter miliknya, ia mengundang seribu satu persepsi umum!

Politik siapa yang cuba Azmin Ali yang dilihat senada dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, cuba dismantlekan?

Apakah ini isyarat awal bahawa Azmin Ali akan melawan ketuanya; Presiden Keadilan, Wan Azizah Ismail dalam pemilihan parti Keadilan yang akan datang? Apakah Azmin Ali juga akan melawan arus politik bossnya di Parlimen, Anwar Ibrahim? 

Bagi Kerajaan Rakyat, walau apapun madah berhelah yang cuba dimainkan oleh Azmin Ali bersama geng politikus perca melalui teknik politik merengek, KR kira ianya hanya akan merugikan parti Keadilan itu sendiri.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.