15 Jun, 2013
Punca Najib Tersingkir Dari Jawatan PM Tersebar..
PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor disebut-sebut bakal
dilantik menjadi pegawai kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak dalam tempoh terdekat ini.
Pelantikan Ezam sangat penting untuk membolehkan beliau mengendalikan isu-isu pembangkang terutama membabitkan PKR.
Ezam pernah dianggap orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum
meninggalkan PKR pada 2007.Najib dikatakan tidak menyambung lima
setiausaha politiknya yang kalah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Mereka ialah Datuk Fatmi Che Salleh; Datuk Sahlan
Ismail; Datuk Shafie Abdullah dan Datuk Suffian Awang serta Latt
Shahriman Abdullah.
Mereka digugurkan ekoran kalah bertanding dalam pilihan raya umum itu.
Pegawai-pegawai Najib itu dianggap telah gagal memberi nilai tambah
kepada Umno dan Perdana Menteri terutama dalam pilihan raya itu.
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga turut menyalahkan
pegawai-pegawai Najib itu. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru,
Najib dilaporkan telah melantik Khairun Aseh sebagai salah seorang
pegawai khasnya dan sudah pun memulakan tugasnya sejak minggu lalu.



1 orang berkata:
Jangan ambil Ezam sorang sahaja, ambil sekali Brahim Ali dan Zulkifli Nordin. Baru cukup tiga serangkai. Ah Jib ni bodoh dan lembik seumur hidup dek kerana nasi kangkang Kak Moh, sebab itulah kejatuhan BN beliau selalu anggap kerana Anwar semata-mata, sedangkan semua rakyat tahu kejatuhan BN dan UMNO adalah kerana kelemahan beliau menangani rasuah dan pula sudah menjadi darah daging beliau. Orang Melayu memang suka dibodohkan dan memang suka melantik pemimpin yang bodoh untuk memperjudikan nasib bangsa mereka dahulu, kini dan selamanya.
Post a Comment