Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK TAU LAA, INI RAKYAT PUNYA MAU KOT !


23 Jun 2013

Penahanan Husam: Satu Penangkapan Terpilih - Tamrin

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -
http://msomelayu.blogspot.com

Anak negarawan yang kini ahli Pas seumur hidup Tamrin Ghafar kesal dengan apa yang berlaku ke atas Naib Presiden Pas yang ditahan polis lewat petang semalam di bawah akta Hasutan 1948. Bagi Tamrin penanahan Husam itu merupakan bukti tindakan penangkapan terpilih dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Tamrin: Kesal...
Mengapa beliau berkata begitu kerana, pihak PDRM jelas sangat bias dalam tugas dan tanggungjawab kononnya untuk mengawal keselamatan negara, di mana tindakan diambil kepada pembangkang tetapi memicingkan mata terhadap indvidu-individu pengampu kerajaan yang boleh diambil tindakan dibawah akta sama ekoran aktiviti dan kata-kata mereka.

Dalam percakapan dengan bloger sekejap tadi, Tamrin mempersoalkan kenapa polis begitu cepat, pantas dan rajin bertindak ke atas pemimpin pembangkang tetapi seakan memejamkan mata atau buat-buat tidak dengar terhadap kroni kerajaan yang melakukan kesalahan sama.

Beliau lantas memberi contoh dan mempersoalkan kenapa, polis tidak menahan dan melokapkan Mahathir Mohamad, Ibrahim Ali, atau pun Ahmad Zahid Hamidi dan Non Omar walaupun mereka pernah mengeluarkan kata-kata berunsurkan hasutan yang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
MB Kelantan Ahmad Yakob turut melawat Husam.
Tamrin menyoal berapa orang yang telah mati syahid dan berapa banyak kereta ambulan yang terpaksa mengangkut orang ramai yang telah cedera ekoran ucapan Husam itu  jika dibandingkan puluhan rakyat mati dan lain-lain ekoran penglibatan Mahathir semasa 13 Mei 1969 dulu.

Katanya Mahathir semasa berceramah di Gelang Patah Johor pada pilihan raya lalu telah membangkitkan dengan niat orang Melayu benci dan tidak mengundi calon-calon Cina terutama DAP dalam PRU-13 dengan mengatakan kalau DAP menang negara ini akan diperintah oleh Cina.

Soal beliau apakah Mahathir ini boleh sewenang-wenangnya boleh cakap dan buat apa saja yang disuaki. "Apakah dia ni termasuk dalam golongan kasta d' untouchble. Apakah darjat Tun ini lebih tinggi dari raja-raja Melayu. Sekurang-kurangnya raja-raja boleh juga diheret ke mahkamah walaupun mahkamah khas yang diwujudkan oleh beliau dulu," katanya.

Runggut bekas Exco Pemuda Umno itu kalau inilah kenyataanya, kata beliau elok sajalah campakkan saja perlembagaan dan undang-undang negara ini ke laut. Tekan beliau inikah transformasi Najib?

Begitu juga dengan Inchek Ibrahim Ali yang pernah berucap menganjurkan agar kitab Bible dibakar. Kata-kata Ibrahim itu juga merupakan satu hasutan dan boleh menimbulkan perbalahan di kalangan penganut agama di negara ini.

"Bagi saya kata-kata Ibrahim itu lebih sadis daripada apa yang Datuk Husam ucapkan. Tetapi kenapa Ibrahim dilepas?" soalnya lagi kesal dan kecewa. Sambungnya cuba bayangkan apa jadi kalau tiba-tiba orang Kristian bangkit menyatakan kemarahan mereka ekoran ucapan Ibtrahim itu, tentu keadaanya tegang.

Malang menurutnya polis tidak berbuat apa-apa dan hanya mendiamkan diri tidak mengambil apa-apa tindakan jauh sekali untuk mengheret Ibrahim ke dalam lokap. Usahkan untuk melokap mereka (Mahathir) dalam lokap tetapi memanggil ke balai Polis pun tidak.

Bukan Mahathir dan Ibrahim saja, Zahid Hamidi dan Noh Omar juga pernah mengeluarkan kata-kata bersunsur hasutan yang mana katanya dia percaya kalau kata-kata itu keluar dari mulut pemimpin pembangkang mereka akan dilokapkan.

Zahid Hamidi kerana berang kepada anak-anak muda dan orang ramai yang memprotes keputusan pilihan raya lalu kerana didakwa berlaku penipuan khasnya mengenai penggunaan dakwat kekal, telah mengeluarkan kata-kata penghinaan meminta rakyat yang memprotes keputusan pilihan raya dan sistem pilihan raya agar nyah dari negara ini.

Manakala bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani, Noh Omar pula jelas Tamrin telah meminta mereka agar tinggal dalam hutan.Kata-kata Zahid dan Noh Omar itu merupakan satu penghinaan dan orang yang bercakap seolah tidak tahu membaca perlembagaan negara.

Tamrin sendiri yang dilokapkan dan didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 juga mempersoalkan wibawa Menteri Dalam Negeri (KDN) Zahid Hamidi berhubung penahan Husam serta sikap mendiamkan diri terhadap pemimpin kroni kerajaan itu. Katanya apakah Zahid membisu seribu bahasa dan berani bertindak ke atas pemimpin pemabangkang kerana beliau mahu memngambil hati perwakilan Umno?

"Kita tahu Umno akan mengadakan perhimpuan dan pemilihan pemimpin hujung tahun. Boleh jadi kerana Zahid hendak jadi hero dia hanya berani bertindak ke atas pemimpin pembangkang tetapi pengecut untuk menyentuh pemimpin kroni kerajaan kerana ingin menang dalam perhimpuann agung Umno?" sinis Tamrin.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.