SPR sambut baik usaha penambahbaikan
2 Jun 2013
SPR
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyambut baik keputusan
kerajaan memindahkan fungsi dan kawal selia badan itu kepada satu
jawatankuasa khas yang dianggotai ahli Parlimen yang mewakili kerajaan
dan pembangkang.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, langkah kerajaan adalah selaras dengan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan SPR kekal sebagai badan bebas dan berkecuali.
“Tindakan meletakkan SPR di bawah jawatankuasa khas merupakan satu transformasi bagi mengukuhkan politik demokrasi yang baik untuk menangkis persepsi negatif terhadap badan ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tindakan pihak tertentu yang menyerang SPR dan mendakwa badan itu tidak bebas akan menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan hilang kepercayaan dengan proses perlaksanaan pilihan raya.
“Keputusan ini membolehkan SPR dipantau dan sebarang undang-undang atau pindaan berkaitan juga akan melalui proses parlimen.
“Menerusi proses ini, imej SPR dapat ditingkatkan bagi membina keyakinan pihak berkepentingan iaitu para pengundi berdaftar,” katanya.
Beliau menegaskan, walaupun SPR dipantau oleh Parlimen, ia tidak boleh mempengaruhi sebarang keputusan SPR.
“SPR adalah badan bebas yang mana ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, ia perlu dihormati dan badan ini bertanggungjawab kepada baginda,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment