Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

06 Oktober, 2013

Patutlah Umno Di Penuhi Pemimpin Yang Tak Berguna.. Ini Puncanya

Usia di awal 60an bukanlah penghalang dua calon naib presiden Umno, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk meneruskan usaha mereka memenangi pertandingan merebut jawatan berkenaan.

Sebaliknya, kedua-dua pemimpin itu yakin dengan istilah “gandingan tua dan muda" untuk “meremajakan” parti.

Bagi bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali berpegang kepada prinsip "hidup bermula pada 60 tahun" dan gandingan orang lama dan baru perlu memandangkan pengalaman luas yang dimilikinya untuk membantu.

"Walaupun sudah berusia 64 tahun tetapi saya ikut cara di Jepun, hidup bermula dengan 60 tahun. Walaupun usia 64 tahun, tenaga saya macam 24 tahun, masih boleh bekerja lagi," katanya dalam temuramah khas dipetik akhbar Utusan Mingguan.

"Tentang usia, saya berpendapat orang lama juga perlu bersama. Tiada yang lama maka tiada yang baru," katanya.Ali dan Isa antara pemimpin lama yang bersaing merebut jawatan naib presiden Umno bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Penyandang kerusi berkenaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Hishamuddin Hussein, dan juga Datuk Seri Shafie Apdal dikatakan mempunyai peluang yang lebih besar untuk memenangi pertandingan enam penjuru itu, namun Ahmad Zahid dikatakan menerima sokongan tertinggi antara mereka.

Hishamuddin, yang juga Menteri Pertahanan dikatakan agak ketinggalan ekoran prestasinya yang lemah semasa menguruskan Kementerian Dalam Negeri, manakala Shafie dikatakan tidak menerima sokongan daripada Umno Bahagian di Sabah disebabkan hubungannya dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang tidak begitu baik.

Isa, yang sebelum ini terpalit krisis integriti bagaimanapun berkata kepimpinan seorang pemimpin bukan terletak pada usia sebaliknya kemampuan individu itu sendiri."Kemampuan ini dinilai oleh orang ramai. Ini bukan sahaja parti malah dalam kerajaan kalau kepimpinan itu bagus dan diterima maknanya ia menguntungkan parti," kata Isa.

"Dalam politik ini kita tidak dapat ramal. Ada yang bermula awal, habis pun awal. Ada yang bermula akhir, habis awal. Ada juga yang bermula akhir, dia tidak berakhir-akhir," katanya dipetik akhbar edisi mingguan Utusan Malaysia itu.

Mengakui umur beliau sebaya dengan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isa menegaskan penyertaannya adalah bagi membantu parti Melayu itu untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Malah, ramai yang berpendapat memang kita maklum menjadi amalan pada parti kombinasi antara golongan lama dan golongan baharu ini memang diamalkan Umno sejak dulu."Tiada apa yang luar biasa kalau orang lama seperti saya menyertainya. Jadi bermakna Presiden dan Timbalan Presiden termasuk golongan orang lama juga," katanya. ~tmi

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.