Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Besar ertinya nih !

MB Kelantan dinasihat turun padang
  • Ahmad Yakub Ahmad Yakub
1 / 1
EKORAN kejadian limpahan air dari tasik bijih di Bukit Kwong, Rantau Panjang yang menjejaskan 50 hektar kebun penduduk tempatan, MB Ahmad Yaakob memberi jaminan ia akan disiasat segera. Beliau telah mengarah Pejabat Tanah dan Galian untuk membuat siasatan.

Sebenarnya Ahmad bukan saja setakat akan membuat arahan untuk disiasat, beliau patut mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan lihat sendiri apa yang berlaku. Sudah tentu laporan akan disediakan dari segi teknikal saja tetapi kalau beliau pergi sendiri beliau dapat berinteraksi dengan alam dan para pekebun.


Selain itu beliau juga akan dapat bertemu dengan penduduk sekitar serta mendapat maklum balas mengenai beberapa masalah semasa rakyat di situ. Tidak salah kalau beliau mencuri masa lain untuk membuat tinjauan lisan. Rakyat juga akan merasa lega sekiranya MB sendiri yang mencemarkan duli.


Dengan cara itu juga beliau akan dilihat oleh rakyat sebagai MB yang berjiwa rakyat dan mengambil peduli kepada masalah rakyat. Kalau hanya untuk meraikan selebriti di majlis makan malam beliau sanggup terbang ke Kuala Lumpur, mengapa tidak untuk ke Bukit Kwong?


Kita berharap benar para pegawai beliau seperti setiausaha akhbar, setiausaha politik atau pegawai khas menyediakan jadual khas untuknya bagi tujuan ini. Para pegawai mestilah lebih peka dalam masalah begini kerana mungkin semua aspek tidak terfikir oleh Ahmad Yaakob.


Bukan saja melihat apa yang berlaku di kawasan perlombongan bijih di Bukit Kwong tetapi ke kawasan lombong lain juga seperti emas dan lain-lain perlu ditinjau dari masa ke semasa.

Walaupun ia bukan tugas rutin dan wajib tetapi Ahmad perlu berbuat demikian. Setidak-tidaknya kalau ada tinjauan sedikit sebanyak ia boleh mempertingkatkan produktiviti perlombongan dan sekaligus mengenal masalah lain.

Saya difahamkan banyak bijih besi di bawa ke Terengganu atau Kuantan untuk dieksport ke luar negara dan tidak dibawa ke Tok Bali. Tindakan sebegini merugikan kerajaan negeri kerana cukai pelabuhan (transit) sebanyak kesekian ringgit tidak dikutip oleh negeri Kelantan, tetapi dikutip oleh kerajaan Terengganu dan Pahang.


Ahmad kena pastikan maklumat ini dan memantaunya. Sekiranya ia benar sudah sampai masanya tindakan menguatkuasakan agar semua bijih besi atau apa-apa barangan lombongan di Kelantan hendaklah dibawa ke Tok Bali bagi membolehkan cukai dikutip oleh Kelantan.


Difahamkan sebanyak 300,000 tan sebulan bijih besi Kelantan dieksport ke luar. Bayangkan kalau cukai pelabuhan sebanyak RM5 satu tan ini bermakna RM1.5 juta ringgit dapat dikutip untuk pendapatan negeri Kelantan.


Mengenai limpahan air dari tasik bijih di Bukit Kwong itu, sekiranya ia benar-benar menjejaskan pendapatan pekebun, tindakan tegas perlulah dilakukan. Mungkin pihak pelombong diarah membuat bayaran ganti rugi ataupun kawasan perlombongan itu ditutup terus.

 
* Dipetik dari msomelayu.blogspot.com

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.