17 Oktober, 2013
Nooh Gadot Gopoh - Pensyarah Kanan UIA
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut tidak wajar gopoh
dan terlalu teruja menggugurkan akidah umat Islam yang bersetuju dengan
langkah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, kata pensyarah
kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik.
Katanya, perintah mahkamah berhubung kes itu hanya menyentuh soal
semakan kehakiman terhadap keputusan pentabbiran dan bukan fatwa halal
haram.
“Maka, adalah tidak wajar mantan mufti tersebut
begitu teruja untuk menggugurkan akidah sesama Muslim yang tidak
bersetuju dengan keputusan tersebut,” kata Maszlee.
Nooh yang juga bekas mufti Johor hari ini dilaporkan memberi amaran
bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung
kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.
Nooh dilaporkan berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga
“mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi
akhlak”.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Maszlee
berkata, keputusan mahkamah hanya mengenai larangan menggunakan nama
Allah dalam mingguan Katolik The Herald.
Menurutnya lagi, ini berkaitan permohonan yang bersifat “admistrative in nature” dan bukan kepada subjek hukum.
Semalam, bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga menyuarakan kebimbangan yang hampir sama.



0 orang berkata:
Post a Comment