18 Oktober, 2013
ISMA Dakwa Portal Free Malaysia Today Putar Alam
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah menyangkal laporan portal berita
FMT kelmarin berjudul “Keluar dari Malaysia: pelawaan Isma disambut
baik”.
Menurut Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman, FMT memutarbelit
kenyataannya untuk menyatakan sesuatu yang hakikatnya adalah agenda yang
mereka perjuangkan.
“Saya sama sekali tidak menyentuh hubungan semenanjung dengan Sabah dan
Sarawak dalam kenyataan sebelum ini.“Bahkan saya langsung tidak menyeru
Sabah dan Sarawak berpisah dengan Semenanjung.“Jadi saya fikir ini
adalah agenda dan strategi mereka.
Tujuan mereka hanya mahu menanamkan kebencian antara Semenanjung, Sabah
dan Sarawak serta mengambil kesempatan daripada suasana keruh ini untuk
kepentingan mereka,” jelasnya.
Pada 14 Oktober lalu, Abdullah Zaik dalamwww.ismaweb.net menyeru agar
pihak Kristian meninggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan
keharmonian kaum di negara ini.
Tambahnya, sebagai warganegara, mereka harus akur dengan kedaulatan
Islam, ketinggian hukum dan syiar Islam di negara ini.“Tindakan mencabar
hakikat tersebut boleh menjejaskan kesetiaan mereka kepada Raja dan
negara,” katanya.
“Mereka boleh buat pilihan lain untuk berpindah ke mana-mana negara
kalau sudah tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan Raja yang
menjaga kedaulatan agama itu,” katanya lagi.
Kenyataan beliau supaya orang Kristian berpindah ke mana-mana negara
lain mendapat reaksi dari rakyat Sabah dan Sarawak yang disiarkan dalam
FMT. Mereka bersetuju supaya Sabah dan Sarawak dikeluarkan dari Malaysia
dan bukannya mereka berhijrah ke negara lain.
Oleh itu tidak timbul FMT memutarbelitkan kenyataan Abdullah kerana
memang benar beliau suruh orang Kristian berpindah ke mana-mana negara
lain kalau sudah tidak boleh menerima kedaulatan Islam dan Raja yang
menjaga kedauatan agama itu.
Malah FMT tidak pernah menulis bahawa ISMA menyeru supaya Sabah dan
Sarawak dipisahkan dari Malaysia.Untuk berlaku adil, FMT
menyiarkan kenyataan penuh ISMA di bawah ini untuk membuktikan sama ada
FMT memutarbelit kenyataannya atau tidak. ~fmt


0 orang berkata:
Post a Comment