Tuesday, October 8, 2013
“Kita menuruti perlembagaan Umno sepertimana kita menuruti Al-Quran" - Ko Orang Tanak Gelak Ker?
Lantak kamulah labuu.....
‘Lembaga Disiplin Umno digesa ambil tindakan’
‘Lembaga Disiplin Umno digesa ambil tindakan’
PETALING
JAYA: Calon Ketua Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalulail hari
ini memberi amaran kepada Lembaga Disiplin Umno agar mengambil tindakan
terhadap aduan yang dibuat olehnya semalam.
“Sekiranya
Lembaga Disiplin Umno gagal mengambil tindakan berdasarkan aduan yang
saya kemukakan bersama nama saksi dan gambar foto, saya akan heret Umno
ke Pendaftar Pertubuhan. Jangan layan kita seperti orang bodoh.
“Jika
Pendaftar pun gagal mengambil tindakan maka saya terpaksa mengheret
mereka ke mahkamah,” kata Syed Rosli ketika dihubungi tadi.
Semalam
Syed Rosli yang merupakan salah seorang calon yang bertanding merebut
jawatan Ketua Pemuda membuat laporan terhadap penyandang kerusi
sekarang iaitu Khairy Jamaluddin.
“Khairy menyalahgunakan kementeriannya untuk berkempen,” katanya.
Selain
daripada Syed Rosli, Abdul Karim Ali, Akramsyah Sanusi dan Izwan Ambak
Khalid Izhar turut bertanding dalam pertandingan lima penjuru.
Dalam
pada itu, Syed Rosli turut membidas kenyataan pemangku pengerusi
Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Dato Seri Megat Najmuddin Megat Khas yang
berkata calon yang bertanding bebas berkempen.
“Peraturan
dan garis panduan yang ditetapkan memang tidak boleh dilonggarkan namun
kalau nak berkempen dengan cara memperkenalkan diri, bagi visi dan misi
itu boleh,” Utusan Malaysia melaporkan Megat berkata.
Syed
Rosli membalas hari ini dengan berkata: “Kita menuruti perlembagaan
Umno sepertimana kita menuruti Al-Quran. Sebagai calon kita tahu
implikasi setiap peruntukan dalam perlembagaan.
“Pengumuman
Megat Najmuddin semalam itu boleh disamakan dengan tindakan seorang
dirinya untuk meminda perlembagaan parti tanpa pembentangan usul di
dalam perhimpunan agung Umno,” katanya.
Berhubung
dengan aduannya kepada Lembaga Disiplin Umno, beliau berkata bahawa
beliau tidak diberitahu mengenai tempoh dalam mana lembaga tersebut akan
bertindak.
“Terdapat
banyak aduan yang diterima oleh mereka dan saya diberitahu bahawa aduan
saya berada dalam senarai mereka,” kata Syed Rosli.



0 orang berkata:
Post a Comment