19 Oktober, 2013
Pendedahan Yang Mengejutkan.. Saksikanlah
Amalan politik wang adalah lumrah untuk tujuan berpolitik, lebih-lebih
lagi menjelang tempoh pemilihan parti, kata pemimpin Umno di peringkat
bahagian.
Ketikan dihubungi The Malaysian Insider, mereka bagaimanapun berkata
politik wang yang dimaksudkan mereka adalah dalam bentuk "cenderahati"
ataupun "bayaran makan-makan" memandangkan perkara itu adalah subjektif.
Bersependapat dengan beliau, Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsol
Bari Jamali menegaskan, ketika tempoh berkempen menjelang pemilihan Ahli
Majlis Tertinggi dan Naib Presiden Umno, calon yang berkempen sudah
pasti membelanjakan wang yang banyak untuk jentera mereka.
"Tapi pada masa sama banyak pihak yang bergerak, jumpa orang dekat-dekat nak pemilihan ni. Dah tentu banyak pakai duit.
"Takkan jentera yang tolong kita tu sukarelawan? Macam mana dengan duit
minyak, makan minum mereka?" soal Samsol Bari yang juga merupakan Ketua
Umno Bahagian Ayer Hitam.
Jelasnya, amalan politik wang terbahagi kepada dua bahagian, termasuk
politik wang negatif yang berlaku apabila mana-mana calon memberikan
"sumbangan" kemudiannya meminta agar perwakilan mengundi mereka.
"Itu persepsi orang. Tetapi politik wang yang tak sihat yang kita tak mahu.
"Sekarang pemilihan dah sampai Cawangan, macam mana nak bagi duit dekat
150,000 perwakilan ini? Kalau sorang seringgit pun dah RM150,000.
"Jelaskan maksud politik wang yang macam mana sebenarnya. Kalau dia
(calon) kata 'nah ambil duit ni, kemudian undi aku' itu baru dinamakan
politik wang yang tidak sihat," ujarnya.
Menurut Samsol Bari, prestasi seseorang calon itu lebih dinilai oleh
perwakilan daripada wang yang ditabur memandangkan perwakilan Umno kini
bersikap lebih matang.
"Parti mana menjelang pemilihan macam Umno ni tak guna duit? DAP? Mustahil. Semua sama.
"Lagipun calon yang bertanding ni penyandang, orang dah kenal dan boleh
menilai melalui prestasi mereka. Bagi saya soal prestasi dalam parti
lebih signifikan berbanding duit," katanya.
"Kalau dulu dia dah bertanding kemudian tak buat apa-apa perubahan,
takkan kali ini perwakilan akan pilih dia lagi sebab dia banyak tabur
duit?".
Sumber Umno bahagian di Kedah turut melihat amalan politik wang sebagai
sesuatu yang lumrah, namun pemilihan pada hari ini masih bergantung
kepada "wahyu" Ketua Bahagian.
"Nampak pemilihan kali ini bergantung kepada wahyu Ketua Bahagian, kalau
mereka kata kekalkan ketiga-tiga maka akan kekal lah," katanya merujuk
kepada tiga penyandang kerusi Naib Presiden; Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, dan juga Datuk Seri Hishammuddin
Hussein.
"Dijangka, malam ini wahyu untuk kekalkan ketiga-tiga penyandang Naib Presiden akan sampai," katanya merujuk kepada malam tadi.
Trend ketika pemilihan sayap Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri
Umno minggu lalu, katanya, menunjukkan status quo ketiga-tiga pemimpin
berkenaan akan kekal.
Kempen Shafie, yang juga Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah,
jelas sumber dari Melaka, merangkumi kesemua 13 jabatan di bawahnya,
termasuk iklan di akhbar-akhbar arus perdana.
Manakala Hishammuddin, katanya, menggunakan jabatan di bawah selaiannya
sebagai pemangku Menteri Pengangkutan bagi tujuan berkempen.
"Tapi Hishammuddin ini nampak macam lembik," tambahnya.
Berkenaan Ahmad Zahid pula, beliau melihat ketokohan Islam dan tegas
memberikan kelebihan kepadanya untuk dipilih para perwakilan.
Sumber dari Umno bahagian di Johor bagaimanapun mengakui wujudnya
"permainan politik wang yang kotor" apabila beliau "diminta" untuk
mengundi calon-calon yang memberikan "sumbangan" kepadanya.
Sepanjang proses pemilihan sayap sehingga tempoh pemilihan hari ini,
sumber yang enggan dinamakan itu telah menerima sejumlah RM1,400
daripada calon yang bertanding.
"Minimum mereka beri RM50, tapi ada juga yang beri RM100," katanya,
sambil menambah pemberian sumbangan itu hanya dikhususkan untuk
perwakilan yang akan mengundi hari ini.
"Majoriti yg bagi duit akan kata: 'Saya harap awak dapat berfikir dengan baik dan beri undi kepada saya'," katanya.
"Boleh dikatakan setiap calon akan hulur. Mereka tak jumpa semua, tapi
jumpa mereka yang jadi perwakilan sahaja. Adakan makan-makan.
"Biasanya wakil calon atau calon itu sendiri akan turut serta," kata sumber itu lagi kepada The Malaysian Insider. ~tmi



1 orang berkata:
2015-7-16 xiaozhengm
ralph lauren uk
michael kors bags
coach outlet
cheap beats
true religion outlet
toms outlet
soccer jerseys
burberry outlet
replica watches cheap
chaussure louboutin
sac longchamp
cheap ray ban sunglasses
longchamp handbags
fitflops outlet
burberry sale
gucci outlet online
polo ralph lauren outlet
rolex watches
cheap oakley sunglasses
louis vuitton
michael kors handbags
true religion outlet
ray ban wayfarer
prada outlet
oakley store
air max 90
michael kors handbag
toms shoes
coach outlet online
pandora charms 2015
gucci uk
jordan pas cher
ed hardy
abercrombie outlet
kate spade handbags
borse gucci
Post a Comment