Monday, October 7, 2013
Calon Timbalan Presiden PAS ... mereka ada persamaan, Utusan Malaysia dah dedahkan...
Agenda melayu Islam,,, cuma nak tanya melayu mana yang sangat ke melayu islam ni,,,,
Tahaluf siyasi Pas gugat hak Melayu Islam

Norman Toha
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Tahaluf siyasi antara Pas dengan DAP serta Parti
Keadilan Rakyat (PKR) hanya memberi ruang kepada rakan-rakan sekutunya
itu mengganggu-gugat kepentingan Melayu dan Islam yang selama ini
terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malah, bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha berkata, kerjasama
antara ketiga-tiga parti pembangkang itu hanya menampakkan kegagalan Pas
sehingga menyebabkan kaum tertentu mempunyai kekuatan mendesak kerajaan
mengubah beberapa asas persetujuan kemerdekaan yang selama ini menjadi
teras Perlembagaan.
Sehubungan itu, beliau mahu Pas mengkaji semula kedudukannya dalam
pakatan tersebut yang baginya patut dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum
Ke-13.
“Amat mengecewakan apabila terdapat kalangan ahli dan penyokong dalam
pakatan yang mencerca dan mempermain-mainkan hak Melayu yang sudah
tercatat dalam Perlembagaan.
“Antaranya menghina Raja-raja Melayu dan Islam dituduh tidak adil, namun
pimpinan utama Pas tidak mampu untuk menempelak balas," katanya kepada
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang,
Mohamed Hafiz Mohamed Nordin bahawa kerjasama antara Pas dengan
sekutunya dalam pakatan pembangkang hanya merugikan orang Melayu dan
menjadi liabiliti kepada parti itu sendiri.
Mohamed Hafiz berkata, Pas perlu sedar tentang sikap bermuka-muka DAP
terhadap orang Melayu serta mengamalkan politik perkauman sempit.
Menurut Norman, konsep tahaluf siyasi yang pernah Rasulullah SAW lakukan
bersama orang bukan Islam di Madinah adalah untuk memudahkan Islam
diamal serta melindungi kepentingan umat daripada digugat.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut melahirkan kebimbangan
terhadap kesediaan generasi Pas yang tidak memahami sejarah perjuangan
sehingga bertindak meliberalkan matlamat perjuangan parti itu sendiri.
Sedangkan, katanya, Islam yang menjadi asas kehidupan dan kepentingan Melayu sepatutnya menjadi ‘tuan’ di bumi sendiri.
ha
ha nampak ke tak ,,, atau duk kelabu asap lagi,,, yang duduk dalam
dewan ulama Pas sibuk nak Timbalan Presiden Faqih Agama,,, Yang duduk
luar kepompong Pas pula duk sibuk agenda melayu islam....
Kepala Baruanya Utusan Malaysia,,, patutlah artikel boleh boleh keluar dalam utusan,,,

Hebat
agenda Umno, ulama duduk dalam Pas pun boleh tertipu,,, memang
betullah pengakuan Mahathir,, Umno syaitan yang dikenali...
Tunggu,,
Insya Allah aku akan dedahkan siapa lagi dibelakang mereka-mereka ini,
sampai begitu degil dengan pimpinan Presiden dan Mursyidul Am Pas.


0 orang berkata:
Post a Comment