Laporan Audit: Jangan selindung, nafi kesilapan
LAPORAN Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini mendapat
reaksi pelbagai pihak, malah ramai yang terkejut dengan jumlah
pembaziran dan ketirisan yang dilaporkan.
Ada dalam kalangan masyarakat memberi maklum balas negatif terhadap laporan 32 jilid itu dan ada juga yang memberikan pandangan bahawa laporan ini penting untuk membaiki kekurangan dalam pentadbiran negara.
Institut Integriti Malaysia (IIM), sebagai agensi penyelaras dan pemantau pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN), tidak ketinggalan memainkan peranannya.
Ikuti temubual wartawan Sinar Harian, Azimah Ghazali dan jurufoto Safwan Mansor bersama Presiden IIM, DATUK DR MOHD TAP SALLEH yang mengulas laporan tersebut.

Boleh Datuk berikan pandangan secara umum berhubung Laporan Audit 2012 kali ini?
Kalau lihat pembentangan kali ini, tidak dibuat setahun sekali tetapi
tiga kali supaya isu-isu dibangkitkan itu boleh ditangani dengan cepat
tak tunggu hingga hujung tahun baru dibentangkan.
Pembentangan pertama dan kedua telah dibuat, manakala kali ketiga pada hujung tahun. Ini untuk membantu kerajaan mengatasi atau membetulkan perkara dibangkitkan pihak audit. Pada waktu sama, ia dapat memastikan perkara yang tidak sepatutnya berlaku boleh dibetulkan.
Selain itu, ada yang bertanya kepada saya, mengapa isunya lebih kurang sama dengan tahun-tahun lepas, tidak banyak perbezaan. Ianya mengundang pertanyaan mengapa tidak adanya perubahan dalam agensi kerajaan. Ini isu yang dibangkitkan.
Pada mata kasar saya ada peningkatan baik terhadap perkara yang ditegur pihak audit sebelum ini. Misalnya jumlah ketirisan itu nampak berkurangan, saya tak buat dengan terperinci, tapi jika dilihat sepintas lalu, kerugian agak berkurangan dari segi kosnya, itu pandangan saya.
Yang kedua, perkara dari aspek penyelewengan dan rasuah juga berkurangan jika dilihat sepintas lalu, jika dibandingkan tahun-tahun sebelum ini. Jika ada kata ia lebih serius dari sebelum ini, itu pandangan masing-masing.
Pada saya ada tiga sebab atau aspek, laporan kali ini yang seharusnya boleh diperbaiki, pertama dari segi ‘competency’ pegawai kerajaan, ia berbeza dengan penyelewengan. Misalnya pembelian tidak berhemah, atau tidak dijalankan dengan baik.
Kedua dari segi komitmen, segelintir anggota penjawat awam tidak menunjukkan komitmen 100 peratus pada kerja mereka, contoh nak kerja senang tak buat perbandingan harga.

Yang ketiga dari segi pemantauan oleh pegawai atasan iaitu pembelian
barang pada harga tak sepatutnya, atau terdapat individu tidak layak
untuk menggunakan peralatan dibeli, menyebabkan setelah barang dibeli
tidak tahu untuk dikendalikan.
Misalnya orang yang nak menjalankannya tidak diberi latihan sepatutnya. Pada saya tiga perkara ini yang perlu diperbaiki. Penyelewengan tidak dinafikan ada seperti disebut, tapi kalau ditanya pandangan saya secara umum, ia adalah disebabkan tiga perkara ini.
Antara kesemua laporan, pendedahan manakah paling mengejutkan dan dianggap membazir wang rakyat?

Semuanya membazir, seringgit pun membazir. Tapi jika nak lihat angka,
mestilah kita lihat yang besar sekali, berapa juta habis. Jika projek
harga besar, tentulah kerugiannya besar.
Tapi tidak bermakna kerugian projek kecil okey atau tidak memeranjatkan. Pada saya besar kecil hal kedua, tapi kita buat pembelian perkara-perkara yang kita tak pantau dan teliti.
Satu lagi mungkin menjadi kerisauan masyarakat, adakah tindakan telah diambil terhadap pegawai yang telah melakukan perkara ini tempoh hari atau pada tahun-tahun lalu. Ini yang menjadi persoalan masyarakat.
Kita perlu ingat, kita bercakap tentang anggota 1.4 juta di sektor awam, tapi yang menyeleweng kumpulannya tak ramai. Cuma segelintir, tapi ini yang jadi pandangan masyarakat. Tapi jika kita tak pantau ini yang terjadi. Namun jika sedikitpun mereka yang lakukan perkara tak betul, kita tetap tak boleh terima, kerana ia membabitkan wang rakyat.
Seperti juga dibangkitkan Laporan Audit mengenai projek terbengkalai. Ia dibangkitkan setiap tahun, tetapi masyarakat tidak nampak apa tindakan kerajaan dan penyelesaian telah diambil. Isu itu sungguhpun kecil dengan bajet kerajaan yang berbilion-bilion, tapi boleh dipersoalkan kerana ini wang rakyat. Masyarakat cuma mahu tahu adakah orang yang dah buat salah ini dah dikenakan tindakan.
Baru-baru ini usaha kerajaan mewujudkan sistem Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara secara dalam talian yang dilancarkan Ketua Setiausaha Negara 30 Mei lalu, boleh memberi informasi yang betul kepada masyarakat. Usaha baik dengan Laporan Audit juga dipantau dan tindakan diambil terus hasil teguran ini.
Perdana menteri pun sudah sebut tidak boleh tangguh atau beri ruang pada mereka yang disahkan bersalah seperti menyeleweng atau salah guna kuasa terutama daripada segi pengendalian wang rakyat, tak boleh kompromi.
Adakah laporan audit ini akan memberi kesan kepada imej sesebuah kementerian atau ini adalah perkara biasa yang sering berlaku setiap tahun?
Ya, ia beri imej pada pegawai-pegawai dan kementerian terlibat termasuk menteri, walaupun menteri-menteri tidak terlibat secara langsung.

Sekarang pun kerajaan bagi ‘star rating’ kepada kementerian terlibat.
Bagaimanapun informasi berkaitan perlu diberikan kepada masyarakat
bahawa tindakan telah ataupun sedang diambil kepada mereka yang salah.
Selama ini, jika ada tindakan pun masyarakat tak tahu, kerana ia tidak
diumumkan.
Sedangkan masyarakat mahu tahu. Jadi kerajaan perlu memberi informasi dan berkomunikasi.
Misalnya saya bayar cukai, saya juga nak tahu.
Apakah langkah yang Datuk rasa wajar diambil setiap kementerian untuk memastikan tidak berlakunya pembelian melampau bagi sesuatu program atau pembelian yang dilaksanakan?
Tiga perkara yang saya sebutkan awal tadi. Mereka yang diamanahkan perlu ada competency. Misalnya jangan mudah diperdayakan syarikat terlibat ketika pembelian barang-barang, kedua mesti ada komitmen kerana ini wang kerajaan, wang rakyat, dia mesti menentukan supaya kos efektif, harga terbaik. Ini semua integriti. Ketiga, pemantauan pihak pengurusan atasan, ini juga penting.
Misalnya, dalam sesuatu jabatan ada beribu kakitangan, jika tak dipantau oleh ketua-ketua atau pengurusan tinggi, ketiga-tiga perkara ini boleh berlaku.
Namun jika ada penyelewengan, ia boleh dirujuk kepada SPRM ataupun polis.
Setiap pendedahan yang dibuat Jabatan Audit mempunyai maklum balas dari setiap kementerian atau jabatan terlibat. Pada pandangan Datuk, apakah fungsi maklum balas ini? Adakah ia semata-mata untuk menepis dakwaan dan perlukah didedahkan di media?
Saya ada dua pandangan di sini. Pada pengetahuan saya, jika ada teguran audit, sebelum dimasukkan dalam laporan tahunan, pasti adanya perbincangan antara agensi berkenaan. Jadi, seharusnya tindakan pembetulan boleh dibuat sebelum laporan dikeluarkan.

Audit akan membentangkan kepada kementerian atau jabatan, isu-isu yang
mereka dapati apabila membuat audit. Seharusnya jabatan atau kementerian
terlibat mengambil tindakan seperti disarankan pihak audit.
Jika tidak diambil tindakan, maka, dengan sendirinya ini akan keluar dalam laporan.
Banyak agensi beri maklum balas akan ambil tindakan, tetapi sepatutnya bertindak sebelum laporan audit dikeluarkan.
Misalnya, ada kementerian sepatutnya boleh memungut wang daripada kontraktor gagal melaksanakan kerja tetapi ia tidak dibuat, jadi ini mungkin kecuaian babitkan competency, sepatutnya ini dielakkan.

Apakah perlu setiap kementerian atau jabatan memberi respons
terhadap pendedahan Laporan audit, seperti dilakukan oleh KDN yang
menafikan tiada penyelewengan aset PDRM pada pihak media baru-baru ini?
Perkara diperkatakan berkenaan kehilangan pistol dan barangan, jadi ini
pun perlu siasatan. Tapi jika tidak silap saya Ketua Polis Negara pun
telah mengatakan mereka akan menubuhkan kumpulan siasatan untuk
menyiasat apa yang ditegur pihak audit.
Persoalannya di sini, kalau pihak polis mungkin mempunyai 20,000 ke 30,000 kenderaan di seluruh negara, jadi ini mungkin tidak adil jika kita ingat ketua polis atau kementerian tahu semua sekali, ini perlukan siasatan rapi.
Tapi menakutkan juga, jika kita tahu misalnya senapang hilang. Mungkin dari segi fizikalnya ia hilang atau dari segi pengiraan auditnya salah kita tak tahu, jadi perlu siasatan.
Dalam hal ini apabila kementerian ditegur, pertama kali biasanya mereka akan memberikan penjelasan kepada pihak audit.
Tetapi, sama ada perlu diberitahu kepada pihak media, bagi saya tiada masalah, kerana informasi ini dah menjadi ‘public domain’.
Kalau perlu diberitahu kepada pihak media, tiada masalah jika pihak media mahu menyiarkan maklum balas diberi.

Misalnya, jika aset tak hilang, buktikan dan bagi tahu pada media. Jadi
pendedahan bagus untuk memperbetulkan keadaan. Ini kadangkadang boleh
membantu.
Adakah Laporan Audit 2012 ini penting dalam memastikan gejala
rasuah dalam negara ini dapat dibendung, terutama bagi kakitangan
kerajaan?
Ini satu daripada tindakan untuk mengurangkan penyelewengan dan perlakuan rasuah perkhidmatan awam.
Seperti saya kata, jumlah kakitangan awam ini ramai, projek dan kos terlibat pun banyak.
Mana-mana negara pun memang ada Jabatan Audit yang memantau kakitangan dan pentadbiran kewangan negara. Ia mesti, susah jika Jabatan Audit tiada.

Sebab itu, audit ini diasingkan daripada jabatan awam yang biasa.
Pelantikan Ketua Audit Negara misalnya, yang dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong. Laporannya juga dibentangkan ke Parlimen untuk semua orang meneliti, itu satu sebab audit diperlukan.

Selain audit, diwujudkan IIM untuk membuat tindakan awal seperti
memberi penerangan, bercakap kepada kakitangan kerajaan di semua
peringkat, membentangkan isu-isu kepada Jawatankuasa Kabinet, apa-apa
penambahbaikan diperlukan dan semua ini ada tindakan.
Baru-baru ini, dalam tiga bulan lepas kerajaan juga telah umumkan
penubuhan Unit Integriti dalam semua agensi kerajaan dan kementerian.
Ia akan pantau bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi pentadbiran dan pelaksanaan projek. Unit Integriti ini sudah dimulakan dalam banyak agensi dan berharap sebelum sebelum hujung tahun ini kebanyakannya telah dapat menubuhkannya.

Ia bukan sahaja sebagai unit audit dalaman dari segi kewangan, tetapi
pantauan segi pengurusan, projek dan kakitangan kerajaan, menyeluruh.
Pegawai integriti diberi latihan, ia sudah dimulakan sejak dua tahun
lalu, manakala dilancarkan pertengahan tahun. Unit ini juga pantau
penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya.
Jadi, Jabatan Audit ini perlu ada, belum ada lagi negara yang tiada
audit. Audit dalaman pula libatkan pegawai-pegawai audit sendiri. Mereka
sudah lakukan tugas diperingkat mereka.
Tetapi biasalah manusia, misalnya dalam keluarga kita ada juga yang
mencuri, menagih dadah. Adakah kita tak pantau atau suka dia buat, kita
tak tahu walaupun boleh cegah. Masalahnya orang mencuri ini bukan depan
kita.
Sebab itu pemantauan perlu dibuat, oleh pihak pengurusan termasuk audit. Maknanya lebih berwaspada. Polis pun ramai, tetapi ada juga yang mencuri.

Jadi susah nak jawab jika tanya kenapa peranan audit tidak dapat dilihat.
Sistem dan struktur dah ada, sebab itu kita kata perlu ada komitmen.
Ada pihak yang jadikan laporan ini sebagai modal untuk menunjukkan berlakunya pembaziran dalam pentadbiran kerajaan. Apa komen Datuk, adakah ini wajar?

Ini masalah kita di negara ini. Jika di negara lain lepas habis pilihan
raya, mereka mentadbir negara. Sama ada pembangkang atau pentadbir
negara mereka sama berganding bahu untuk betul dan baiki negara. Tetapi
kita di sini lain.
Dah habis pilihan raya pun, benda ini masih lagi jadi isu politik. Walhal seperti kata perdana menteri, jika ada cadangan baik, terangkan. Bukan jadikan ia isu politik.
Masalah kita di Malaysia, semua perkara dipolitikkan, sedangkan isu-isu audit ini adalah isu sesama kita.
Teguran audit ini libatkan semua negeri dan parti, bukan isu politik, tidak boleh kita bangkitkan begitu.
Apa nasihat Datuk kepada kementerian dan jabatan dalam memastikan nama mereka tidak termasuk atau bersih dalam laporan audit tahun hadapan?

Pada kali ini dalam Laporan Audit 2012 ada kementerian A yang langsung
tidak terlibat dengan masalah, tetapi kementerian B misalnya ada tidak
mengikut kehendak audit seperti tidak mengikut prosedur, tidak pantau
dengan teliti, seleweng dan sebagainya.
Saranan saya kepada kementerian dan jabatan yang tidak ditegur atau tiada isu masa ini, mesti ambil tindakan kekalkan prestasi supaya tidak ditegur seperti kementerian lain. Kementerian ditegur pula perlu ambil tindakan segera.
Jangan hanya nafi, ‘ini bukan silap kita’, jika benda dah berlaku makna kesalahan telah berlaku, manakala mereka yang telah melakukan kesilapan dikenakan tindakan.
Itu sahaja pada saya. Jangan cuba selamatkan diri dan selindungkan perkara itu.

Pada saya orang Malaysia ini, jika kita mengaku kita silap, tak jadi masalah.
Masalahnya, hanya jika cuba selindung dan nafikan perkara salah, itu yang masyarakat tidak setuju.
Akui dan betulkan. Kita akan gunakan Laporan Audit ini sebagai contoh apabila kita bercakap dengan agensi-agensi kerajaan bahawa ini perkara yang kita tak sedar berlaku.

Perkara ini hanya perlu sedikit perubahan dari segi pendekatan dan
komitmen, tak perlu perubahan kakitangan atau kewangan lebih.
Betulkan sikap sahaja boleh selesaikan banyak masalah. Jika sebulan sekali baca doa sahaja, ia tidak bantu. Perlu rancang tindakan khusus,. Jabatan itu harus betulkan parameter, (semangat) kakitangan perlu diperingatkan setiap hari hingga menjadi darah daging mereka.
Patut tanam nilai, pantau, sebab itu perlunya ketua jabatan.

DATUK DR MOHD TAP SALLEH

0 orang berkata:
Post a Comment